TARIAN AYAM DIDIK



Asal Daerah / Negeri : Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan bahagian Utara Perak
Kaum                     : Melayu

Kononnva Tarian Ayam Didik ini berasal dari gerakan perlawanan melaga ayam iaitu satu permainan tradisional orang-orang Melayu dahulu. Tarian ini telah dicipta oleh satu kumpulan penari di Kangar, Perlis. Lagu Ayam Didik merupakan lagu yang mengiringi tarian ini. Antara pantun dalam tarian ini adalah: Manatah dia didikku tadi padinya tumpah di depan tangga Manalah dia adikku tadi adik dok ada di depan mata. Ayam Didik menjadi masyhur di kalangan masyarakat terutama di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan bahagian Utara Perak. Gerakan asas dalam tarian ini ialah satu pasangan akan adap-mengadap menari melenggang-lenggok. Pada setiap perhentian lagu, seorang dari penari akan duduk sambil bertepuk tangan dan pasangan yang berdiri akan menari berpusing-pusing pada penari yang duduk itu.

*** Untuk menggunakan khidmat artis budaya Anjung Tradisi, sila klik  http://anjungtradisi.blogspot.com/2013/08/pakej-persembahan-kebudayaan-kumpulan.html
untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

1 ulasan:

ANJUNG TRADISI INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2024!!!!

 Kumpulan kesenian anjung tradisi, (Ghazal, Tarian dewasa, Tarian kanak kanak, Gamelan, Multicultural band, Live Band) ingin mengucapkan sel...