PERSEMBAHAN KESENIAN DI HARI AIDS SEDUNIA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA PADA 1 DISEMBER 2014



Pada 1 Disember 2014 yang lepas, Kumpulan Kesenian Anjung Tradisi telah diberi kepercayaan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk terlibat di dalam persembahan di sambutan Hari aids Sedunia peringkat Kebangsaan bertempat di Pusat Latihan DBKL Cheras. Acara ini diuruskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia Wilayah Persekutuan. Setelah berbincang dengan pegawai yang berkenaan iaitu En Faiz selama 3 bulan, akhirnya kumpulan kami telah terpilih untuk terlibat di dalam acara ini. Saya telah diberi kepercayaan untuk menyediakan,
  • Kumpulan Kompang
  • Kumpulan Tarian
  • Kumpulan Koir
  • Sewaan gong perasmian



Yang menjadi istimewanya pada acara kali ini, saya diminta oleh penganjur untuk menyediakan kumpulan Koir. Pada mulanya saya mencadangkan supaya penganjur terus menghubungi sama ada Koir Kebangsaan, Koir Permata Seni Muzik, Koir UitM atau Koir Aswara. Namun En Faiz menyatakan lebih baik saya membantu enghubungi kumpulan koir tersebut untuk memudahkan urusan bayaran, urusan perbincangan lagu, gubahan muzik, tempat latihan dan penjadualan. Pada mulanya saya agak keberatan tetapi apabila saya memikirkan ini merupakan satu cabaran kepada kumpulan saya meneroka bidang baru akhirnya saya bersetuju.


Saya pula sebenarnya merupakan graduan muzik Aswara dan mempunyai rakan rakan yang bergiat aktif dalam Koir. Jadi saya telah menghubungi seorang rakan yang merupakan Jurulatih Koir dan beliau telah membantu saya menguruskan ahli ahli Koir yang terlatih dan berkebolehan. Setelah perbincangan dilakukan saya akhirnya mendapat kata sepakat dan persetujuan dari penganjur untuk koir mempersembahkan lagu negaraku, lagu Wilayah, lagu kementerian kesihatan dan lagu medley Sandiwara Cinta, Hati kama dan Heal The World.





Alhamdulillah pada hari acara berlangsung semuanya berjalan lancar. Seperti biasa ahli kumpulan saya akan tiba awal untuk buat persediaan awal sebelum acara bermula. walaupun acara bermula pada 11 pagi, kami telah sampai pada jam 8 pagi. 









 Tarian Hindi dan bhangra







setelah selesai semua persembahan dan tugas kami, En Faiz telah menemui saya dan mengucapkan terima kasih kerana telah berjaya menggembirakan AJK acara yang menyaksikan persembahan kami. Katanya jika kementerian Kesihatan ada lagi acara di masa akan datang, mereka akan panggil kami lagi. Kepada En Faiz, Terima Kasih atas layanan mesra yang telah diberikan kepada kami.



Sila KLIK SINI Untuk melihat penerangan ringkas Pakej Persembahan Live Band dan Kebudayaan yang kami tawarkan.

Kumpulan kesenian Anjung Tradisi ditubuhkan pada tahun 1999 dengan 8 orang ahli sepenuh masa. Sejak itu kerap mengadakan persembahan kesenian muzik dan tarian di sekitar Lembah Kelang bagi memeriahkan majlis perkahwinan, Acara rasmi, makan malam, majlis berbuka puasa, Rumah Terbuka Hari raya dan persembahan di restoran dan hotel terkemuka untuk jabatan kerajaan, syarikat multinasional dan berbagai acara yang dianjurkan oleh organisasi tempatan dan antarabangsa. Antara syarikat dan badan yang pernah menggunakan khidmat anjung tradisi ialah Sapura Kencana, Petronas Dagangan, Prudential, MHDC, MAMPU, Kementerian Kesihatan Malaysia, Lembaga Lebuh raya Malaysia dan banyak lagi.

Sila KLIK SINI untuk lihat Pakej Persembahan Tarian Kami.

Kini kumpulan ini terdiri daripada 10 ahli muzik tradisional dan moden tetap dan 15 ahli muzik jemputan (Ghazal, Gamelan, Caklempong, Keroncong, Band Kombo, Band Unplugged, Kompang, Percussion 1 Malaysia dan Band Multiracial 1Malaysia). Manakala untuk tarian pula terdiri daripada 2 Koreografer, 20 penari dewasa sepenuh masa dan 10 penari kanak-kanak. Ahli kumpulan ini berkeupayaan untuk membuat persembahan tradisional dan moden dalam berbagai genre dan repertoire persembahan tempatan dan antarabangsa. Ahli muzik dan penari Anjung Tradisi merupakan penggiat yang terlatih dan profesional serta majoritinya mempunyai kelulusan ijazah seni muzik dan tari daripada IPTA dan IPTS.


Sila KLIK SINI untuk lihat Senarai Pakej Live Band Kami.

Antara kejayaan terbesar ahli kumpulan Anjung Tradisi ini apabila pernah memenangi beberapa pingat emas di World Championship Of Performing Arts di Hollywood Los Angeles pada Julai 2008. Kini kumpulan ini sudah mula mengorak langkah menerima tempahan persembahan kesenian di luar Lembah Kelang pula seperti di Seremban, Melaka, Johor, Kuantan dan Ipoh.

Khidmat kumpulan kesenian Anjung Tradisi ini boleh diperoleh dengan cara berikut.

Bahizal Abu Bakar

Pengurus
Kumpulan Kesenian Anjung Tradisi
Whatsapp : 0132674462
E-mel : AnjungTradisi@gmail.com
Blog : www.anjungtradisi.blogspot.com
Facebook : www.facebook.com/anjungtradisi
Twitter : www.twitter.com/anjungtradisi

Transforming Corporate Events: Anjung Tradisi's Unique Performing Arts Experience

In the bustling world of corporate events, where uniqueness and cultural richness are increasingly sought after, Anjung Tradisi Performing A...