MAK YONG



Asal Daerah / Negeri :Kelantan
Kaum                     :Melayu

Mak Yong asal  untuk hiburan raja di istana. Pelakon-pelakonnya dibiayai oleh raja. Kumpulan Mak Yong semuanya perempuan, melainkan ahli lawak sahaja lelaki. Pak Yong merupakan watak yang terpenting, berlakon sebagai raja lelaki, memakai pakaian lelaki yang bergemelapan dan menarik sekali. Di samping Pak Yong terdapat juga watak Mak Yong sebagai isteri raja serta inang-inang pengasuh dan ahli-ahli lawak. Sewaktu melakonkan cerita dalam Mak Yong terdapat satu kumpulan penari wanita yang dipanggil "Jong Dondang". "Jong Dondang' akan menari dan menyanyi di antara babak-babak dalam cerita dan juga dimasa penutup. Di celah-celah tarian yang lemah gemalai itu disulami dengan lagu-lagu yang menceritakan hikayat-hikayat raja sambil ahli-ahli lawak menghiburkan penonton. Bunyi-bunyian peralatan muzik Melayu Kelantan asli digunakan bagi menghidupkan kisah-kisah yang dibawa oleh pelakon-pelakon. Peralatan-peralatan itu ialah rebab, sepasang gong, gendang dan serunai. 


*** Untuk menggunakan khidmat artis budaya Anjung Tradisi, sila klik  http://anjungtradisi.blogspot.com/2013/08/pakej-persembahan-kebudayaan-kumpulan.html untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Kumpulan Kesenian Anjung Tradisi pada 1999 bermula dengan 8 orang ahli. Kumpulan Kesenian Anjung Tradisi kerap mengadakan persembahan muzik dan tarian tradisional di peringkat kebangsaan dan antarabangsa untuk Konvensyen, Persidangan, Persembahan dan Muzik untuk Majlis Perkahwinan Eksklusif, Rumah terbuka Hari Raya, Majlis Berbuka Puasa serta menjadi penghibur tetap untuk banyak syarikat utama seperti Sapura Kencana dan Petronas. Antara kejayaan ahli kumpulan Anjung Tradisi ini apabila pernah memenangi beberapa pingat emas di World Championship Of Performing Arts di Hollywood Los Angeles pada Julai 2008.

Sekiranya ada yang berminat untuk menggunakan khidmat kumpulan kami sama ada wedding live band, live band, Kumpulan Ghazal, Kumpulan muzik Multiracial 1Malaysia, Kumpulan muzik unplugged, Gamelan, Kumpulan Tarian, Kumpulan Tarian kanak-kanak yang boleh menari berbagai tarian tradisional dan antarabangsa seperti zapin joget dan hindustan, boleh menghubungi saya seperti maklumat di bawah.


Terima Kasih kerana memberi sokongan.

Bahizal Abu Bakar
Pengurus Anjung Tradisi
0132674462
emel: AnjungTradisi@gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANJUNG TRADISI INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2024!!!!

 Kumpulan kesenian anjung tradisi, (Ghazal, Tarian dewasa, Tarian kanak kanak, Gamelan, Multicultural band, Live Band) ingin mengucapkan sel...