Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2014

PERKAHWINAN ASFARINA DAN SHAHRUL LIVE BAND GHAZAL DAN TARIAN DI PGA CHERAS PADA 27 SEPT 2014

Imej
Pada 27 Sept 2014 kumpulan kesenian anjung tradisi telah diberi kepercayaan untuk mengadakan persembahan tarian dan muzik Ghazal di Majlis perkahwinan Asfarina dan Shahrul di Kem PGA Cheras.




Saya dihubungi oleh ayah pengantin perempuan seawal satu bulan sebelum tarikh perkahwinan. Perbincangan di pejabat beliau telah berlangsung yang mana saya telah membuat persembahan powerpoint untuk menunjukkan cadangan persembahan muzik dan tarian yang boleh kami lakukan pada majlis perkahwinan puteri beliau. Seminggu selepas itu bayaran deposit telah dilakukan bagi mengesahkan penglibatan kami di dalam majlis ini.


Kami telah diminta untuk mengadakan 3 tarian termasuk mengiringi pengantin ke pelamin serta 3 set  persembahan muzik ghazal. Saya juga telah mencadangkan supaya Jamilah Abu Bakar di jemput sebagai penyanyi undangan di dalam majlis ini di samping penyanyi tetap kami iaitu abang Norehan Saif.

Sound check dan spacing penari telah berlangsung pada jam 10.00 pagi dan seterusnya Kumpulan muzi…