TARIAN SABA



Asal Daerah / Negeri :Terengganu
Kaum                     : Melayu

Tarian pemujaan ini boleh dilihat di Ulu Terengganu, Terengganu. Segala alat pemujaan seperti pucuk kelapa (Saba) yang dijadikan bahan utama, bertih, kemian dan berjenis alat yang penuh dengan kepercayaan digunakan dalam tarian ini. Terdapat tiga puluh tiga tariandan antara tarian-tarian itu ialah Dewa di Awan, Raja Muda, Anak Dondang, Anak Burong Beniong, Anak Raja Budak, Awang Kassim Giladan lain lain lagi. Mengikut bomoh kumpulan Saba dari Terengganu beliau hanya ingat enam belas lagu-lagu dari tiga puluh tiga lagu. Penari menari dalam jelmaan binatang-binatang seperti burung, ikan, harimau, ular dan lain-lain lagi, Selalunya temasya ini diadakan selepas musim menuai, untuk menyembuh penyakit, menyambut tetamu datang dan bila cukup tahun. 

Tujuan utama ialah menjamu dan bersukaria dengan segala kuasa ghaib di atas berakhirnya  kesusahan. Temasya ini diadakan tiga hari tiga malam di mana pada malam pertama dipanggil segala jenis hantu dan di malam ketiga majlis berakhir hingga subuh, sesudah jin jembalang dihantar pulang dengan jampi serapahnya yang tertentu. Penari selalunya terdiri dari empat perempuan dan tiga leiaki. Pakaian penari wanita terdiri dari kain kapan selampit setindang bahu, tajuk utu membulang, pending kendik, gelang bajang, dan dukoh rantai. Selalunya warna baju adalah hijau atau merah iaitu warna kegemaran dewa-dewi kayangan. Penari lelaki selain dari baju biasa akan memakai tajuk di kepala yang serupa seperti belalai gajah. Antara alat bunyi-bunyian yang digunakan ialah anak umbang (buluh), seruling, anak cerating (gendang) serdang (buluh) dan tabang lenteng (buluh).

*** Untuk menggunakan khidmat artis budaya Anjung Tradisi, sila klik  http://anjungtradisi.blogspot.com/2013/08/pakej-persembahan-kebudayaan-kumpulan.html untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Persembahan Tarian dan Ghazal Lagu Hari Raya bersempena majlis hari raya MIDF bertempat di Menara Kuala Lumpur pada 17 Mei 2022

SUBSCRIBE VIDEO YOUTUBE CHANNEL KAMI Whatsapp Kami: Klik  0132674462  Sekiranya ada yang berminat untuk menggunakan khidmat kumpulan kami un...