TARIAN LIPAT SILA



Asal Daerah / Negeri :Negeri Sembilan
Kaum                     :Melayu

Tarian ini berasal dari Minangkabau dan merupakan pecahan dari silat. Penciptanya ialah Pendekar Sultan seorang ahli silat. Alat-alat muzik yang digunakan untuk mengiringi tarian ini ialah biola, rebana dan gong. Lagu yang dimainkan diberi nama Lagu 'Katambia'. Tarian ini pernah disatu masa dahulu dipersembahkan di Istana Raja dimana  dalam majlis malam berinai anak Raja.  Apabila muzik mula dimainkan,  seorang penari lelaki akan keluar duduk menyembah. Sembah pertama ialah sembah di atas dahi tanda hormat kepada Raja kemudian penari melangkah selangkah ke hadapan dan mengangkat semula diparas dada menghormati orang-orang kenamaan. Sembah ketiga ialah sembah di bawah paras dada tanda menghormati para hadirin di majlis tersebut. 

Tiga kali sembah telah menjadi satu adat  dalam persembahan tarian yang diadakan di majlis-majlis perkahwinan Di Raja. Penari memegang dua buah piring di telapak tangan. Piring piring ini berisi lilin yang dinyalakan. Setiap orang penari memakai sebentuk cincin besi pada jari hantu dan sambil menari mereka akan mengetuk cincin itu kepada piring mengikut rentak lagu. Diakhir persembahan penari itu menyembah sekali lagi kepada para penonton. Juga ditarikan oleh penari-penari wanita seramai 2,4 atau 6 orang. Boleh juga disertai oleh seorang penari lelaki (bersama penari wanita) menjadikan bilangan penari itu dengan angka ganjil.


*** Untuk menggunakan khidmat artis budaya Anjung Tradisi, sila klik  http://anjungtradisi.blogspot.com/2013/08/pakej-persembahan-kebudayaan-kumpulan.html untuk mengetahui dengan lebih lanjut.


_________________________


Jika anda masih tercari cari persembahan yang sesuai dengan acara yang ingin dianjurkan, boleh terus melihat kumpulan Live band dan tarian yang boleh dan pernah kami pentaskan sebelum ini seperti di bawah.

Sila KLIK SINI Untuk melihat penerangan ringkas Pakej Persembahan Live Band dan Kebudayaan yang kami tawarkan.


Kumpulan kesenian Anjung Tradisi ditubuhkan pada tahun 1999 dengan 8 orang ahli sepenuh masa. Sejak itu kerap mengadakan persembahan kesenian muzik dan tarian di sekitar Lembah Kelang bagi memeriahkan majlis perkahwinan, Acara rasmi, makan malam, majlis berbuka puasa, Rumah Terbuka Hari raya dan persembahan di restoran dan hotel terkemuka untuk jabatan kerajaan, syarikat multinasional dan berbagai acara yang dianjurkan oleh organisasi tempatan dan antarabangsa. Antara syarikat dan badan yang pernah menggunakan khidmat anjung tradisi ialah Sapura Kencana, Petronas Dagangan, Prudential, MHDC, MAMPU, Kementerian Kesihatan Malaysia, Lembaga Lebuh raya Malaysia dan banyak lagi.

Sila KLIK SINI untuk lihat Pakej Persembahan Tarian Kami.

Kini kumpulan ini terdiri daripada 10 ahli muzik tradisional dan moden tetap dan 15 ahli muzik jemputan (Ghazal, Gamelan, Caklempong, Keroncong, Band Kombo, Band Unplugged, Kompang, Percussion 1 Malaysia dan Band Multiracial 1Malaysia). Manakala untuk tarian pula terdiri daripada 2 Koreografer, 20 penari dewasa sepenuh masa dan 10 penari kanak-kanak. Ahli kumpulan ini berkeupayaan untuk membuat persembahan tradisional dan moden dalam berbagai genre dan repertoire persembahan tempatan dan antarabangsa. Ahli muzik dan penari Anjung Tradisi merupakan penggiat yang terlatih dan profesional serta majoritinya mempunyai kelulusan ijazah seni muzik dan tari daripada IPTA dan IPTS.


Sila KLIK SINI untuk lihat Senarai Pakej Live Band Kami.

Antara kejayaan terbesar ahli kumpulan Anjung Tradisi ini apabila pernah memenangi beberapa pingat emas di World Championship Of Performing Arts di Hollywood Los Angeles pada Julai 2008. Kini kumpulan ini sudah mula mengorak langkah menerima tempahan persembahan kesenian di luar Lembah Kelang pula seperti di Seremban, Melaka, Johor, Kuantan dan Ipoh.

Khidmat kumpulan kesenian Anjung Tradisi ini boleh diperoleh dengan cara berikut.

Bahizal Abu Bakar

Pengurus
Kumpulan Kesenian Anjung Tradisi
Whatsapp : 0132674462
E-mel : AnjungTradisi@gmail.com
Blog : www.anjungtradisi.blogspot.com
Facebook : www.facebook.com/anjungtradisi
Twitter : www.twitter.com/anjungtradisi

Catatan popular daripada blog ini

PAKEJ PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN KUMPULAN TARIAN TRADISIONAL ZAPIN JOGET DAN PENGIRING PENGANTIN, LIVE BAND GHAZAL UNTUK MAJLIS PERKAHWINAN, MAKAN MALAM KORPORAT DAN MAJLIS RASMI BULAN PUASA RAMADAN DAN MAJLIS HARI RAYA

LAGU LAGU POPULAR LIVE BAND KAMI SEMASA MAJLIS PERKAHWINAN EKSKLUSIF

PAKEJ JAMUAN RUMAH TERBUKA HARI RAYA 2017 - PERSEMBAHAN KESENIAN GHAZAL TARIAN ZAPIN