CV/RESUME/BIODATA BAHIZAL ABU BAKAR (Pengasas Kumpulan Kesenian Anjung Tradisi) - 2020

 LATARBELAKANG BAHIZAL ABU BAKAR

Merupakan graduan seni muzik Akademi Seni Kebangsaan pada tahun 2002 dan seterusnya memperoleh Ijazah Sarjana Seni Kreatif di ASWARA pada tahun 2016. Pernah berkhidmat di Istana Budaya pada tahun 2002 - 2014, menguruskan  banyak Konsert seperti Melodi Emas Ahmad nawab, Simfoni Layar Perak, Konsert Diraja Kedah, Koir Kebangsaan Bel Canto, Simfoni Rakyat Malaysia, Konsert Nur dan Konsert Kasih. Menjadi Pengarah Persembahan untuk Konsert Mini Keamanan bersama Applehill Quartet USA, Konsert Evolusi Muzik Malaysia OSK, Irama Tanah Pusaka  ke 2 dan Konsert Untukmu Palestin pada Januari 2009. Beliau juga pernah menjalani latihan di National Theater Of Korea pada tahun 2007. Pada masa yang sama turut membuat pemerhatian terhadap Orkestra Tradisional Korea bagi tujuan penubuhan Orkestra Tradisional Malaysia. Pada waktu itu juga beliau turut beri kepercayaan sebagai pengarah muzik untuk Konsert  Echoes Of Universe dan Silk Road semasa beliau berada di Korea.

Selepas itu beliau turut pernah diberi kepercayaan untuk menjadi pengarah persembahan di konsert OTM Malaysian Diversity di Dewan Filharmonik Petronas (2011), pengarah muzik di Konsert Bahasa Terindah di Esplanade Singapura (2012) dan Konsert Sulaman Warisan (2013). Beliau telah menerbitkan buku Pengurusan Konsert Panduan dan Amalan (2011) dan pada tahun 2018 juga telah menerbitkan lagu dan video muzik Memori Cinta Suci nyanyian Jamilah Abu Bakar. Sejak tahun 2014 beliau berkhidmat pula di ASWARA yang mana kini beliau merupakan  penolong pendaftar di Pusat Pengajian Pascasiswazah. Beliau juga merupakan pensyarah muzik sambilan di UiTM dan City University sejak tahun 2017. Pada tahun 2018, beliau melanjutkan pengajian di peringkat PHD dalam bidang Ethnomusicology di bawah penyeliaan Prof. Madya Clare Chan Suet Ching dan Prof. Zaharul Lailiddin Saidon di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Pada tahun 2020, Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya melalui Istana Budaya telah melantik beliau sebagai perunding/penyelidik/pakar peralatan muzik tradisional bagi penerbitan manual alat muzik Orkestra Tradisional Asia (ATO).




CV/RESUME/BIODATA BAHIZAL ABU BAKAR (Pengasas Kumpulan Kesenian Anjung Tradisi) - 2020

 LATARBELAKANG BAHIZAL ABU BAKAR Merupakan graduan seni muzik Akademi Seni Kebangsaan pada tahun 2002 dan seterusnya memperoleh Ijazah Sarja...