TARIAN RODAT



Asal Daerah / Negeri : Terengganu
Kaum                     : Melayu

Tarian Rodat yang terkenal di Terengganu asalnya adalah sebuah tarian istana . Tarian ini dibawa oleh peniaga-peniaga Sambas dan Pontianak ke Terengganu. Di Istana Sultan tarian ini ditarikan di atas tilam dengan berdiri menggunakan  lutut. Akan tetapi hari ini tarian ini ditarikan di atas bangsal dengan berdiri sahaja. Tarian ini pada hari ini ditarikan di hari kenduri kahwin,di hari hari perayaan sekolah, di temasya-temasya main pantai dan di hari jadi Sultan. 

Penari-penari Rodat terbahagi kepada dua kumpulan, kumpulan pertama terdiri dari 10 orang hingga 12 orang penari yang menari sambit membawa tar atau rebana (30 dalam bulatan) dan dikelilingnya diletakkan keping-keping tembaga. Kumpulan kedua dipanggil anak pelenggok dan dua kumpulan ini berganti-ganti menarikan tarian ini. Anak pelenggok pada zaman dahulu adalah orang lelaki berpakaian wanita, tetapi hari ini orang wanita sendiri mengambil bahagian. Alat-alat muzik lain yang terlibat adalah tiga buah gendang dan sebuah gong, sedangkan pakaian mereka pula adalah pakaian Melayu.

*** Untuk menggunakan khidmat artis budaya Anjung Tradisi, sila klik  http://anjungtradisi.blogspot.com/2013/08/pakej-persembahan-kebudayaan-kumpulan.html untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANJUNG TRADISI INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2024!!!!

 Kumpulan kesenian anjung tradisi, (Ghazal, Tarian dewasa, Tarian kanak kanak, Gamelan, Multicultural band, Live Band) ingin mengucapkan sel...