TARIAN KENYAN - TARIAN PANJANG




Tarian Panjang yang ditarikan oleh kaum Kenyah terdapat di negeri Sarawak. Tarian ini ditarikan secara kumpulan di rumah panjang kaum Kenyah. Cara menarikan tarian ini ialah dengan menghentakkan kaki ke kiri dan ke kanan dan bila lagu dinyanyikan penari akan menepok tangan di muka, di pinggang, di belakang dan di hadapan. Begitulah gerakan ini diulang-ulang. Penari-penari mesti memakai topi yang dihias dengan bulu-bulu burung. Kadang-kadang di tangan penari dihiasi juga dengan bulu-bulu burung ini. Alat muzik Sape digunakan bagi mengiringi tarian ini.


*** Untuk menggunakan khidmat artis budaya Anjung Tradisi, sila klik  http://anjungtradisi.blogspot.com/2013/08/pakej-persembahan-kebudayaan-kumpulan.html untuk mengetahui dengan lebih lanjut.


_________________________


Jika anda masih tercari cari persembahan yang sesuai dengan acara yang ingin dianjurkan, boleh terus melihat kumpulan Live band dan tarian yang boleh dan pernah kami pentaskan sebelum ini seperti di bawah.

Sila KLIK SINI Untuk melihat penerangan ringkas Pakej Persembahan Live Band dan Kebudayaan yang kami tawarkan.


Kumpulan kesenian Anjung Tradisi ditubuhkan pada tahun 1999 dengan 8 orang ahli sepenuh masa. Sejak itu kerap mengadakan persembahan kesenian muzik dan tarian di sekitar Lembah Kelang bagi memeriahkan majlis perkahwinan, Acara rasmi, makan malam, majlis berbuka puasa, Rumah Terbuka Hari raya dan persembahan di restoran dan hotel terkemuka untuk jabatan kerajaan, syarikat multinasional dan berbagai acara yang dianjurkan oleh organisasi tempatan dan antarabangsa. Antara syarikat dan badan yang pernah menggunakan khidmat anjung tradisi ialah Sapura Kencana, Petronas Dagangan, Prudential, MHDC, MAMPU, Kementerian Kesihatan Malaysia, Lembaga Lebuh raya Malaysia dan banyak lagi.

Sila KLIK SINI untuk lihat Pakej Persembahan Tarian Kami.

Kini kumpulan ini terdiri daripada 10 ahli muzik tradisional dan moden tetap dan 15 ahli muzik jemputan (Ghazal, Gamelan, Caklempong, Keroncong, Band Kombo, Band Unplugged, Kompang, Percussion 1 Malaysia dan Band Multiracial 1Malaysia). Manakala untuk tarian pula terdiri daripada 2 Koreografer, 20 penari dewasa sepenuh masa dan 10 penari kanak-kanak. Ahli kumpulan ini berkeupayaan untuk membuat persembahan tradisional dan moden dalam berbagai genre dan repertoire persembahan tempatan dan antarabangsa. Ahli muzik dan penari Anjung Tradisi merupakan penggiat yang terlatih dan profesional serta majoritinya mempunyai kelulusan ijazah seni muzik dan tari daripada IPTA dan IPTS.


Sila KLIK SINI untuk lihat Senarai Pakej Live Band Kami.

Antara kejayaan terbesar ahli kumpulan Anjung Tradisi ini apabila pernah memenangi beberapa pingat emas di World Championship Of Performing Arts di Hollywood Los Angeles pada Julai 2008. Kini kumpulan ini sudah mula mengorak langkah menerima tempahan persembahan kesenian di luar Lembah Kelang pula seperti di Seremban, Melaka, Johor, Kuantan dan Ipoh.

Khidmat kumpulan kesenian Anjung Tradisi ini boleh diperoleh dengan cara berikut.

Bahizal Abu Bakar

Pengurus
Kumpulan Kesenian Anjung Tradisi
Whatsapp : 0132674462
E-mel : AnjungTradisi@gmail.com
Blog : www.anjungtradisi.blogspot.com
Facebook : www.facebook.com/anjungtradisi
Twitter : www.twitter.com/anjungtradisi

Catatan popular daripada blog ini

PAKEJ PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN KUMPULAN TARIAN TRADISIONAL ZAPIN JOGET DAN PENGIRING PENGANTIN, LIVE BAND GHAZAL UNTUK MAJLIS PERKAHWINAN, MAKAN MALAM KORPORAT DAN MAJLIS RASMI BULAN PUASA RAMADAN DAN MAJLIS HARI RAYA

LAGU LAGU POPULAR LIVE BAND KAMI SEMASA MAJLIS PERKAHWINAN EKSKLUSIF