TARIAN GUNUNGAN




Tarian ini ditarikan selepas musim menuai di Pantai Timur dengan tujuan memuja semangat-semangat yang ada. Lebih-lebih lagi semangat padi, semangat kampung dan lain-lain kepercayaan mereka. Jamuan dan upacara pengorbanan dilakukan untuk tujuan pemujaan. Seorang bomoh (wanita) bersama-sama kumpulan penari yang terdiri dari enam orang lelaki dan enam orang perempuan atau kurang akan membawa buah-buahan, bunga, nasi, kuih-kuih telur masak dan ayam panggang ke sawah. Bila sampai di sawah barang-barang yang dibawah akan diletakkan di bawah pokok dan penari-penari pun menari dengan gaya menyembah dan gerakan-gerakan pemujaan yang lain. Tarian ini ditarikan sewaktu hendak memulakan bersawah padi dan alat-alat muzik wayang kulit digunakan untuk mengiringi tarian ini.

*** Untuk menggunakan khidmat artis budaya Anjung Tradisi, sila klik  http://anjungtradisi.blogspot.com/2013/08/pakej-persembahan-kebudayaan-kumpulan.html untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ACARA BERBUKA PUASA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA DI KOR RISIK KUALA LUMPUR PADA 6 APRIL 2024

  SUBSCRIBE VIDEO YOUTUBE CHANNEL KAMI Whatsapp Kami: Klik  0132674462  Sekiranya ada yang berminat untuk menggunakan khidmat kumpulan kami ...