TARIAN PAYANG



Asal Daerah / Negeri : Kelantan
Kaum                     : Melayu

Tarian Payang wujud di kalangan kaum nelayan di Kelantan bersempena kegembiraan keluarga nelayan bila pulang daripada menangkap ikan. Perahu payang yang sarat dengan ikan, ditanda dengan bendera mengisyaratkan bahawa rezeki yang lumayan dan kebahagian serta kegembiraan kaum nelayan. Tarian Payang terbahagi kepada beberapa jenis, antaranya ialah tarian Todak Melompat, tarian Ketam Membimbit Dayong, tarian Bilis Mudek Mengiring, tarian Udang Membimbit Tombak, tarian Naga Berjuang dan tarian Lumba Alun. 

Sebagai sebuah tarian pemujaan yang penuh dengan kepercayaan puja-memuja dan seru-menyeru, upacara dimulai dengan membakar kemian dan beras kunyit disediakan. Ditarikan oleh tujuh orang wanita sebelum dan selepas payang mendarat di pantai dengan iringan nyanyian sambil penari menari mengelilingi payang yang penuh dengan ikan. Kemudian seorang yang berpayung akan mengelilingi payang dan menabur beras kunyit dengan harapan tuah payang akan berterusan. Sifat yang jelas dalam tarian ini ialah temponya rancak . Dari pakaian pula penari yang terdiri dari kaum wanita mesti berpakaian cantik dan sesuai bagi menyambut suami pulang dari bekerja. Alat muzik pula terdiri dari Tetuang iaitu tandok kerbau yang ditiup sebagai tanda nelayan sudah pulang. Antara alat muzik yang lain adalah seruling buluh, gendang dan canang.


*** Untuk menggunakan khidmat artis budaya Anjung Tradisi, sila klik  http://anjungtradisi.blogspot.com/2013/08/pakej-persembahan-kebudayaan-kumpulan.html untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Kumpulan Kesenian Anjung Tradisi pada 1999 bermula dengan 8 orang ahli. Kumpulan Kesenian Anjung Tradisi kerap mengadakan persembahan muzik dan tarian tradisional di peringkat kebangsaan dan antarabangsa untuk Konvensyen, Persidangan, Persembahan dan Muzik untuk Majlis Perkahwinan Eksklusif, Rumah terbuka Hari Raya, Majlis Berbuka Puasa serta menjadi penghibur tetap untuk banyak syarikat utama seperti Sapura Kencana dan Petronas. Antara kejayaan ahli kumpulan Anjung Tradisi ini apabila pernah memenangi beberapa pingat emas di World Championship Of Performing Arts di Hollywood Los Angeles pada Julai 2008.

Sekiranya ada yang berminat untuk menggunakan khidmat kumpulan kami sama ada wedding live band, live band, Kumpulan Ghazal, Kumpulan muzik Multiracial 1Malaysia, Kumpulan muzik unplugged, Gamelan, Kumpulan Tarian, Kumpulan Tarian kanak-kanak yang boleh menari berbagai tarian tradisional dan antarabangsa seperti zapin joget dan hindustan, boleh menghubungi saya seperti maklumat di bawah.


Terima Kasih kerana memberi sokongan.

Bahizal Abu Bakar
Pengurus Anjung Tradisi
0132674462
emel: AnjungTradisi@gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERSEMBAHAN MUZIK GHAZAL DAN ASLI SEMASA MAJLIS BERBUKA PUASA MENTERI BESAR SELANGOR YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI AMIRUDIN BIN SHARI

 Pada 17, 20, 22, 25 Mac dan 1 April 2024, Menteri Besar Selangor telah mengadakan majlis berbuka puasa yang turut dihadiri oleh berbagai la...