TARIAN MAK INANG



Tarian Mak Inang telah menjadi tarian rakyat dan ditarikan di majlis-majlis sosial. Tarian ini disebut juga sebagai Tarian Si Kembang Cina. Ada kalanya penari-penari membawa selendang bagi menarikan tarian ini dengan menggunakan alat muzik rebana. Di celah-celah tarian yang lemah gemalai itu disulami dengan lagu yang menceritakan hikayat-hikayat raja sambil pelawak menggembirakan hati penonton. Bunyi-bunyian peralatan muzik Melayu  asli disumbangkan berselangan bagi menghidupkan kisah-kisah yang dibawa oleh pelakon-pelakon. Peralatan-peralatan itu ialah rebab, sepasang gong, gendang dan serunai. 


*** Untuk menggunakan khidmat artis budaya Anjung Tradisi, sila klik  http://anjungtradisi.blogspot.com/2013/08/pakej-persembahan-kebudayaan-kumpulan.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cara Menangani Cuaca Tidak Menentu untuk Majlis Luar Dewan

Penganjuran majlis di luar dewan boleh memberikan suasana yang unik dan menarik, namun cuaca yang tidak menentu boleh menjadi cabaran besar...