TARIAN TANGGUNGGAK



Asal Daerah / Negeri : Sabah
Kaum                     : Murut

Tanggunggak adalah tarian tradisional kaum Murut di Sabah yang ditarikan di hari-hari keramaian, di hari meraikan tetamu. Tarian ini menggambarkan sambutan ketibaan pahlawan-pahlawan Murut. Tarian ini diiringi oleh kumpulan muzik yang dipanggil Tanggugak yang mengandungi alat-alat muzik daripada buluh yang disusun nadanya sebanyak 7 nada bertingkat-tingkat sebanyak empat tingkatan. (do re mi fa so la ti do hingga 4 octive). Ini menyebabkan keadaan panjang yang berlainan daripada buluh gendang juga dijadikan panduan  tempo kepada muzik itu. Cara membunyikan alat-alat ini ialah buluh tersebut digantung di bahu dan kemudian dipukul pada tempat yang bulat bertingkat-tingkat antara satu dengan lain sehingga melahirkan irama. Penari-penari yang terdiri daripada 20 hingga 30 orang menari sambil memukul buluh tersebut.  Ada kalanya Tanggunggak diselangi dengan cerita kisah peperangan  pahlawan-pahtawan Murut. Gerak geri seakan mengepung musuh dijadikan tarian ini bersama muzik Tanggunggak.

*** Untuk menggunakan khidmat artis budaya Anjung Tradisi, sila klik  http://anjungtradisi.blogspot.com/2013/08/pakej-persembahan-kebudayaan-kumpulan.html untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANJUNG TRADISI INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2024!!!!

 Kumpulan kesenian anjung tradisi, (Ghazal, Tarian dewasa, Tarian kanak kanak, Gamelan, Multicultural band, Live Band) ingin mengucapkan sel...