TARIAN LIMBAI



 Asal Daerah / Negeri : Kota Belud
Kaum                     : Bajau

Tarian 'Limbai' satu daripada cabang seni budaya suku Bajau di Daerah Kota Belud. Mempunyai nilai-nilai seni yang tinggi yang menggambarkan martabat dan hidup tradisi suku-suku Bajau sejak zaman lampau yang penuh dengan kegemilangan. Bermula dari sejarah perkembangannya yang begitu gemilang, tarian 'Limbai' mempunyai perbezaan jika dibandingkan dengan tarian 'Runsai' yang juga masih hidup di kalangan masyarakat Bajau terutama sekali di Daerah Kota Belud. 

Tarian 'Limbai' dapat memperlihatkan pandangan hidup suku Bajau terhadap seni tradisional mereka yang dipusakai dari turun temurun.  Antara rangkaian ceritanya, tarian 'Limbai' ditarikan dengan pakaian tradisi yang lengkap dengan hiasan yang dapat memperlihatkan minat suku-sukunya terhadap benda-benda yang cantik dan indah. Penari-penari tarian ini berpakaian penuh dengan perhiasan 'butang-butang' atau yang dipanggil 'Betawi' yang berwarna-warni dan berkilau-kilauan. Di bahagian kepala pula dihiaskan dengan tanjak seperti tandok kerbau yang juga penuh dengan hiasan yang berkilauan yang dipanggil 'Sarimpak', tetapi menurut ceritanya oleh kerana hiasan ini terlalu berat maka secara beransur-ansur hiasan ini tidak lagi digunakan untuk tarian itu dan pindah kepada pengantin-pengantin yang bersanding. 

Tarian 'Limbai' ditarikan menurut rentak yang disebut 'Ayas' permainan Tegunggu' dengan alat-alat seperti sebuah tambur (gendang), sebuah Bebandil dan 2 gong. Pakaian yang digunakan ialah baju kurung warna putih. Dalam zaman awal perkembangannya tarian-tarian ini digunakan untuk memeriahkan lagi tetamu-tetamu agung iaitu dengan mendahului perarakan pembesar tetapi pada masa ini biasanya di amalkan bagi mengiringi pengantin lelaki menuju ke rumah pengantin perempuan. Menurut kepercayaan asal usulnya,  tarian ini hanya mengandungi lima orang penari perempuan yang terdiri daripada golongan ibu tetapi dalam  pembaharuannya penari-penari bertambah menurut kesesuaian dan suasana satu-satu tempat.


*** Untuk menggunakan khidmat artis budaya Anjung Tradisi, sila klik  http://anjungtradisi.blogspot.com/2013/08/pakej-persembahan-kebudayaan-kumpulan.html untuk mengetahui dengan lebih lanjut.


_________________________


Jika anda masih tercari cari persembahan yang sesuai dengan acara yang ingin dianjurkan, boleh terus melihat kumpulan Live band dan tarian yang boleh dan pernah kami pentaskan sebelum ini seperti di bawah.

Sila KLIK SINI Untuk melihat penerangan ringkas Pakej Persembahan Live Band dan Kebudayaan yang kami tawarkan.


Kumpulan kesenian Anjung Tradisi ditubuhkan pada tahun 1999 dengan 8 orang ahli sepenuh masa. Sejak itu kerap mengadakan persembahan kesenian muzik dan tarian di sekitar Lembah Kelang bagi memeriahkan majlis perkahwinan, Acara rasmi, makan malam, majlis berbuka puasa, Rumah Terbuka Hari raya dan persembahan di restoran dan hotel terkemuka untuk jabatan kerajaan, syarikat multinasional dan berbagai acara yang dianjurkan oleh organisasi tempatan dan antarabangsa. Antara syarikat dan badan yang pernah menggunakan khidmat anjung tradisi ialah Sapura Kencana, Petronas Dagangan, Prudential, MHDC, MAMPU, Kementerian Kesihatan Malaysia, Lembaga Lebuh raya Malaysia dan banyak lagi.

Sila KLIK SINI untuk lihat Pakej Persembahan Tarian Kami.

Kini kumpulan ini terdiri daripada 10 ahli muzik tradisional dan moden tetap dan 15 ahli muzik jemputan (Ghazal, Gamelan, Caklempong, Keroncong, Band Kombo, Band Unplugged, Kompang, Percussion 1 Malaysia dan Band Multiracial 1Malaysia). Manakala untuk tarian pula terdiri daripada 2 Koreografer, 20 penari dewasa sepenuh masa dan 10 penari kanak-kanak. Ahli kumpulan ini berkeupayaan untuk membuat persembahan tradisional dan moden dalam berbagai genre dan repertoire persembahan tempatan dan antarabangsa. Ahli muzik dan penari Anjung Tradisi merupakan penggiat yang terlatih dan profesional serta majoritinya mempunyai kelulusan ijazah seni muzik dan tari daripada IPTA dan IPTS.


Sila KLIK SINI untuk lihat Senarai Pakej Live Band Kami.

Antara kejayaan terbesar ahli kumpulan Anjung Tradisi ini apabila pernah memenangi beberapa pingat emas di World Championship Of Performing Arts di Hollywood Los Angeles pada Julai 2008. Kini kumpulan ini sudah mula mengorak langkah menerima tempahan persembahan kesenian di luar Lembah Kelang pula seperti di Seremban, Melaka, Johor, Kuantan dan Ipoh.

Khidmat kumpulan kesenian Anjung Tradisi ini boleh diperoleh dengan cara berikut.

Bahizal Abu Bakar

Pengurus
Kumpulan Kesenian Anjung Tradisi
Whatsapp : 0132674462
E-mel : AnjungTradisi@gmail.com
Blog : www.anjungtradisi.blogspot.com
Facebook : www.facebook.com/anjungtradisi
Twitter : www.twitter.com/anjungtradisi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Transforming Corporate Events: Anjung Tradisi's Unique Performing Arts Experience

In the bustling world of corporate events, where uniqueness and cultural richness are increasingly sought after, Anjung Tradisi Performing A...