TARIAN TERINAI




Asal Daerah / Negeri : Perlis
Kaum                     : Melayu

Terinai ialah satu tarian tradisional yang terdapat di Perlis, la ditarikan di hadapan pelamin ketika upacara berinai pengantin perempuan. Apabila tarian ini hendak ditarikan, sirih pinang dan wang pengkeras  hendaklah disediakan. Semasa dahulu, tarian ini ditarikan serentak oleh tiga lelaki tetapi sekarang ditukarkan kepada empat orang perempuan. Mereka menari dengan menggunakan piring bersama lilin yang menyala. Lilin ini digunakan bertambah-tambah pada peringkat pertama 5 batang, peringkat kedua 7 batang dan peringkat ketiga sebanyak 9 batang. Tarian ini dimulakan secara duduk bersila. Piring yang terletak di hujung kelima-lima jari dilenggangkan mengikut variasi-variasi yang tersendiri, lemah lembut dan meliuk-liuk. Setelah beberapa variasi dilakukan, beransur-ansur pula penari-penari tersebut bangun berdiri dan bergerak mengikut langkah mereka yang tersendiri pula. Terinai diiringi oleh muzik gendang keting. Di antara lagu-lagu yang mengiringi tarian ini ialah lagu Selong, Batu Belah, Cik Lang, Cik Sulung dan Lagu Terinai.

*** Untuk menggunakan khidmat artis budaya Anjung Tradisi, sila klik  http://anjungtradisi.blogspot.com/2013/08/pakej-persembahan-kebudayaan-kumpulan.html untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

PERSEMBAHAN TARIAN TRADISIONAL MELAYU INI BERLANGSUNG SEMASA MAJLIS PERKAHWINAN ELDIA DAN ASYRAF BERTEMPAT DI ROYALE BINTANG PADA 2 DIS 2018

Persembahan tarian tradisional melayu ini berlangsung semasa majlis perkahwinan eldia dan asyraf bertempat di Royale Bintang pada 2 Dis 20...