TARIAN JOGET




Tarian Joget memang dikenali oleh setiap orang di Malaysia, lebih-lebih lagi tarian ini telah diterima sebagai tarian sosial bagi semua golongan kaum dan bangsa. Joget adalah berasal dari tarian Portugis Branyo. Tarian Joget dahulu ditarikan dengan iringan lagu Portugis seperti Jingling Nona. Akan tetapi sekarang lagu-lagu baru telah dicipta seperti lagu Joget, Timang-timang Anak, Joget Bunga Anggerik, Rupa kacak, Abang Tak Lupa, Merah Jambu Merah dan lain-lain lagi. Dalam Tarian Joget gerak-geri kaki lebih penting dari gerakan tangan. Sungguhpun begitu gerakan dalam tarian ini sangat mudah ditarikan, sebab itulah Tarian Joget telah begitu popular sebagai tarian sosial.


*** Untuk menggunakan khidmat artis budaya Anjung Tradisi, sila klik  http://anjungtradisi.blogspot.com/2013/08/pakej-persembahan-kebudayaan-kumpulan.html untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Catatan popular daripada blog ini

PAKEJ PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN KUMPULAN TARIAN TRADISIONAL ZAPIN JOGET DAN PENGIRING PENGANTIN, LIVE BAND GHAZAL UNTUK MAJLIS PERKAHWINAN, MAKAN MALAM KORPORAT DAN MAJLIS RASMI BULAN PUASA RAMADAN DAN MAJLIS HARI RAYA

LAGU LAGU POPULAR LIVE BAND KAMI SEMASA MAJLIS PERKAHWINAN EKSKLUSIF

PAKEJ JAMUAN RUMAH TERBUKA HARI RAYA 2017 - PERSEMBAHAN KESENIAN GHAZAL TARIAN ZAPIN