TARIAN MANGUNATIP



Asal Daerah / Negeri :Sabah

Kaum                    : Murut


Mangunatip adalah tarian tradisional Suku Kaum Murut yang amat popular. Tarian Magunatip ini, menurut kepercayaan suku Kaum Murut tidak boleh di persembahkan dengan  sewenang-wenangnya. Tarian Magunatip ini hanya boleh dipersembahkan pada masa-masa yang tertentu saja iaitu seperti mengadakan temasya istiadat mengubati orang sakit oleh bomoh suku Kaum itu. Bomoh ini digelar "Sambong Nyawa" atau "Megendi". Tarian Magunatip ini biasanya ditarikan pada hari pertama memulakan istiadat mengubati pesakit. Ketika itu mereka menumbuk beras untuk dijadikan tepung kemudian tepung tadi dibuat kuih pais sebagai bekalan dalam perjalanan menuju kehutan untuk mencari ramuan-ramuan ubat daripada bambu. 

Alat-alat bunyi-bunyiannya hanya boleh dipukul dihari yang kedua apabila sekembalinya rombongan orang yang mencari ramuan-ramuan tersebut. Apabila rombongan orang yang mencari ubat ini berada kira-kira 100 ela lagi dari rumah di sakit, maka alat-alat bunyi-bunyian itu pun dipukul sebagai memberitahu kepada orang-orang dirumah di sakit yang mereka sudah tiba. Menurut kepercayaan orang tua-tua dahulu kala sesiapa yang melakukan Tarian Magunatip tanpa sebab maka orang itu boleh ditimpa malapetaka. Yang mana kononnya akan ditakutkan oleh hantu/iblis. Orang itu mungkin akan sakit yang boleh membawa kepada maut atau orang itu mungkin cacat seumur hidupnya jika tidak di ubat secara "Sambong Nyawa”.  Adat ini masih terdapat dikalangan suku Kaum Kadazan di Pendalaman; tetapi tarian Magunatip ini jarang-jarang dipersembahkan kecuali jika  ada keramaian-keramaian yang tertentu.


*** Untuk menggunakan khidmat artis budaya Anjung Tradisi, sila klik  http://anjungtradisi.blogspot.com/2013/08/pakej-persembahan-kebudayaan-kumpulan.html untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Kumpulan Kesenian Anjung Tradisi pada 1999 bermula dengan 8 orang ahli. Kumpulan Kesenian Anjung Tradisi kerap mengadakan persembahan muzik dan tarian tradisional di peringkat kebangsaan dan antarabangsa untuk Konvensyen, Persidangan, Persembahan dan Muzik untuk Majlis Perkahwinan Eksklusif, Rumah terbuka Hari Raya, Majlis Berbuka Puasa serta menjadi penghibur tetap untuk banyak syarikat utama seperti Sapura Kencana dan Petronas. Antara kejayaan ahli kumpulan Anjung Tradisi ini apabila pernah memenangi beberapa pingat emas di World Championship Of Performing Arts di Hollywood Los Angeles pada Julai 2008.

Sekiranya ada yang berminat untuk menggunakan khidmat kumpulan kami sama ada wedding live band, live band, Kumpulan Ghazal, Kumpulan muzik Multiracial 1Malaysia, Kumpulan muzik unplugged, Gamelan, Kumpulan Tarian, Kumpulan Tarian kanak-kanak yang boleh menari berbagai tarian tradisional dan antarabangsa seperti zapin joget dan hindustan, boleh menghubungi saya seperti maklumat di bawah.


Terima Kasih kerana memberi sokongan.

Bahizal Abu Bakar
Pengurus Anjung Tradisi
0132674462
emel: AnjungTradisi@gmail.com


Catatan popular daripada blog ini

PAKEJ PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN KUMPULAN TARIAN TRADISIONAL ZAPIN JOGET DAN PENGIRING PENGANTIN, LIVE BAND GHAZAL UNTUK MAJLIS PERKAHWINAN, MAKAN MALAM KORPORAT DAN MAJLIS RASMI BULAN PUASA RAMADAN DAN MAJLIS HARI RAYA

LAGU LAGU POPULAR LIVE BAND KAMI SEMASA MAJLIS PERKAHWINAN EKSKLUSIF

PAKEJ JAMUAN RUMAH TERBUKA HARI RAYA 2017 - PERSEMBAHAN KESENIAN GHAZAL TARIAN ZAPIN