TARIAN RENTAK KUDA



Asal Daerah / Negeri :Negeri Sembilan
Kaum                     : Melayu

Dipercayai bahawa Tarian Rentak Kuda ini berasal dari suatu temasya di mana para jemputan yang keletihan telah dihidupkan kembali kepada suasana meriah. Suasana rancak ini dihidupkan oleh seorang wanita yang muncul sambil menari dan menyanyi. Majlis yang mulanya layu hidup kembali dengan tepukan dan hentakan kaki tetamu tanda gembira. Hentakan kaki tetamu majlis tersebut berbunyi seperti rentak kuda, maka tarian ini dinamakan Tarian Rentak Kuda. Tarian ini popular di kalangan orang Minangkabau di Negeri Sembilan.

*** Untuk menggunakan khidmat artis budaya Anjung Tradisi, sila klik  http://anjungtradisi.blogspot.com/2013/08/pakej-persembahan-kebudayaan-kumpulan.html untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cara Menangani Cuaca Tidak Menentu untuk Majlis Luar Dewan

Penganjuran majlis di luar dewan boleh memberikan suasana yang unik dan menarik, namun cuaca yang tidak menentu boleh menjadi cabaran besar...