Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2016

PAKEJ PERSEMBAHAN TARIAN PENARI KANAK KANAK UNTUK MAJLIS PERKAHWINAN DAN ACARA KORPORAT

Imej
Di samping kumpulan penari dewasa, Anjung Tradisi juga menyediakan perkhidmatan persembahan tarian kanak kanak. Penari kanak kanak kumpulan kami telah dilatih secara khusus oleh penari profesional dewasa daripada kumpulan kami. Telah mengadakan persembahan di dalam berbagai acara rasmi dan korporat serta majlis perkahwinan. Berkebolehan menari dalam berbagai genre tarian seperti Tradisional, Bollywood, moden dan kontemporari. Bergantung kepada bajet dan ruang persembahan, anda boleh memilih untuk menggunakan 2, 4, 6 dan 8 penari dengan jumlah maksima 3 tarian.  Berikut beberapa gambar persembahan kami yang terdahulu.


Kumpulan penari kanak kanak Anjung Tradisi bersedia menerima tempahan bagi tujuan majlis perkahwinan dan acara korporat seperti makan malam, pelancaran dan hari raya. Tuan puan boleh menghubungi saya untuk tempahan. Sila nyatakan nama, tarikh acara masa acara, tempat acara/majlis dan alamat emel untuk saya hantarkan sebutharga, HUBUNGI SEGERA UNTUK TEMPAHAN.
Ain 0132674462 …

PAKEJ PERSEMBAHAN TARIAN PENARI DEWASA UNTUK MAJLIS PERKAHWINAN DAN ACARA KORPORAT

Imej
Kumpulan tarian dewasa Anjung Tradisi juga merupakan kumpulan yang amat popular digunakan di dalam majlis perkahwinan dan acara korporat di sekitar Kuala Lumpur. Kebiasaannya tugas penari kami akan bermula daripada mengiringi VIP ke dalam dewan seterusnya mengadakan persembahan tarian pembukaan dan 2 lagi tarian persembahan khas semasa majlis berlangsung. Penari kumpulan anjung tradisi teriri daripada penari profesional yang pernah terlibat di dalam berbagai acara rasmi kerajaan, majlis korporat dan persembahan rancangan TV antarabangsa. Kami mempunyai ahli penari sepenuh masa dan separuh masa daripada Istana Budaya, DBKL, MBSA dan juga penari daripada ASWARA. Ahli kumpulan kami semuanya terlatih dan mempunyai sekurang-kurangnya berkelulusan diploma di dalam bidang tarian. Berkeupayaan menari dalam berbagai jenis tarian tradisional Malaysia dan Moden antarabangsa. Harga bergantung kepada jumlah penari sama ada 2,4,6 dan 8 orang serta jumlah tarian yang dipersembahkan dengan 3 jenis t…