PAKEJ PERSEMBAHAN GHAZAL BERSAMA TETAMU DIRAJA SULTAN JOHOR BERSEMPENA PERKAHWINAN HEEDA SYAFIQA DATUK MD OTHMAN DAN BADER AMR ASSAD PADA 1 JULAI 2017 DI SUNWAY HOTEL RESORT AND SPA





Pada 1 Julai 2017 kumpulan Anjung Tradisi telah mengadakan persembahan ghazal untuk menghiburkan tetamu diraja iaitu sultan johor Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj bersempena perkahwinan Heeda Syafiqa Datuk Md Othman dan Bader Amr Assad pada 1 Julai 2017 di Sunway Hotel Resort and Spa. Kami sempat mempersembahkan 11 buah lagu semasa acara makanan beradab diraja pada malam ini. Majlis ini juga turut dihadiri oleh Menteri Besar Johor Dato' Mohamed Khaled bin Nordin dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein Menteri Pertahanan Malaysia.

Penyanyi Jemputan Khas untuk turut bersama kumpulan Ghazal Anjung Tradisi kali ini ialah Jamilah Abu Bakar yang kini sedang bercuti daripada pengajian muziknya di Berklee College of music Boston USA dan juga penampilan khas Rojer Rozaidi peserta peringkat Akhir Dangdut Star Asia yang juga seorang pemain gambus dan penyanyi Ghazal pelapis yang disegani.

Berikut beberapa gambar yang sempat diambil semasa acara berlangsung.












Sekiraya ada yang berminat untuk menggunakan khidmat kumpulan kami untuk persembahan  Hari Raya Aidilfitri sama ada Kumpulan Ghazal, Kumpulan muzik Multiracial 1Malaysia, Kumpulan muzik unplugged, Gamelan, Kumpulan Tarian, Kumpulan Tarian kanak-kanak yang boleh menari berbagai tarian tradisional dan antarabangsa seperti zapin joget dan hindustan, boleh menghubungi saya seperti maklumat di bawah.
Terima Kasih kerana memberi sokongan.

Pengurus Anjung Tradisi
Whatsapp: 0132674462
emel: AnjungTradisi@gmail.com
www.GhazalPerkahwinan.com
Blog: www.anjungtradisi.blogspot.com
facebook: www.facebook.com/anjungtradisi

ANJUNG TRADISI INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2024!!!!

 Kumpulan kesenian anjung tradisi, (Ghazal, Tarian dewasa, Tarian kanak kanak, Gamelan, Multicultural band, Live Band) ingin mengucapkan sel...