PAKEJ SOUND / PA SYSTEM AMAT PENTING DAN WAJIB / PERLU ADA UNTUK MUZIK LIVE BAND MODEN JUGA TRADISIONAL

Sebagai kumpulan kesenian yang sentiasa membekalkan persembahan muzik Live (Ghazal, Live Band, Trio, Gamelan, Angklung Ensembel), selalu juga kami berhadapan dengan penganjur atau tuan rumah acara korporat atau majlis perkahwinan yang tidak memahami tentang betapa pentingnya Sound system atau PA system dalam persembahan muzik live sebegini. Mungkin atas dasar ingin jimatkan bajet, ada yang beranggapan bahawa PA system tidak diperlukan langsung dan mengambil ringan dengan keperluan ini. Kesan sekiranya mengambil mudah akan keperluan tersebut ialah muzik Live Band yang disewa dengan harga yang tinggi tidak dapat didengar oleh para jemputan sama ada di dalam dewan atau di luar dewan. Secara logiknya jika tiada microphone, bagaimana suara penyanyi dapat didengar di kawasan yang luas.

Walaupun kami ada juga menyediakan perkhidmatan sound / PA system, kami menghormati keputusan penganjur/tuan rumah sekiranya ingin menguruskan penyewaan sistem audio sendiri. Biasanya kami akan memberi juga khidmat nasihat tentang senarai keperluan PA system yang diperlukan sekiranya penganjur atau tuan rumah mahu menguruskan sendiri keperluan ini.

Kami akan menjelaskan bahawa set Sound / PA System akan diuruskan oleh satu pasukan yang berlainan (dengan bayaran berasingan) daripada kumpulan muzik yang membuat persembahan di atas pentas. Banyak kali juga terjadi yang penganjur yang tidak berpengalaman mengurus acara membuat andaian yang pemuzik dan penyanyi itu sendiri yang akan memasang sound/PA system dan mengoperasikan alatan teknikal tersebut walhal mustahil pemuzik dapat bermain alat muzik serentak dengan menjaga alatan teknikal yang rumit. Antara peralatan Sound / PA system yang akan digunakan di dalam sesuatu persembahan muzik Live ialah,




Mixer 
(Jumlah channel-saluran audio bergantung kepada berapa banyak perlatan muzik dan penyanyi yang ada) semua microphone, CD player, sound laptop akan menggunakan channel-saluran audio ini. Semua bunyi yang melalui mixer ini akan diolah dan ditambahbaik kualiti bunyinya "mixing" dengan menggunakan "EQ", ramuan efek reverb, delay dan lain lain lagi sebelum disalurkan kepada speaker. Skil dan kepakaran ini memerlukan seseorang yang terlatih dan berpengalaman untuk menghasilkan bunyi yang baik. Terdapat 2 jenis mixer ketika ini iaitu Analog dan digital.


Speaker
(Ada beberapa jenis yang utama seperti House Speaker/Top, Subwoofer, Monitor speaker untuk pemuzik di atas pentas)
Jumlah speaker/saiz/kekuatan/spesifikasi yang diperlukan bergantung kepada keluasan lokasi acara dan jumlah pengunjung.



Microphone alat muzik
(Jenis SM57- boleh digunakan untuk alat muzik akustik, percussion dan juga drums)


Microphone untuk penyanyi
(Jenis SM58)- Kualiti microphone penyanyi juga penting untuk memastikan suara penyanyi dapat didengari dengan bunyi jelas, bersih dan terbaik mungkin. Tahap microphone, model, harga akan menentukan kualiti microphone yang digunakan, untuk penyanyi profesional ada juga yang hanya menggunakan microphone sendiri untuk setiap persembahan atau menetapkan jenis microphone tertentu untuk beliau gunakan.


DI Box (direct inputdirect injectiondirect induction or direct interface)
Alat ini diperlukan untuk alatan muzik yang mempunyai saluran audio secara direct kepada mixer, seperti guitar, bass guitar, keyboard dan lain lain. Tujuan utama DI Box adalah untuk memastikan supaya bunyi darpada alatan ini sentiasa seimbang dan stabil.

Kabel - berbagai jenis dan panjang bergantung kepada keperluan.

Laptop - untuk memainkan lagu-lagu secara playback untuk sutuasi tertentu.

CD Player - perlu disediakan sekiranya diminta untuk memainkan muzik menggunakan CD.

Sound Engineer / Juru adun bunyi dan krew
Untuk mengendalikan semua peralatan teknikal dan elektronik yang menggunakan elektrik, memerlukan seseorang yang terlatih di dalam bidang teknikal audio, memahami bagaimana alatan sistem audio berfungsi dan mempunyai taraf kreativiti khusus untuk memastikan bunyi yang terhasil di speaker sedap didengar dan tidak bermasalah. Seringkali kita lihat di dalam acara tertentu, speaker tiba tiba berbunyi nyaring hingga menyakitkan telinga. Ini adalah salah satu contoh "setting" microphone, speaker dan teknik "mixing" audio tidak dilakukan dengan teratur dan tepat.

Bagi juru adun bunyi yang berpengalaman dan cekap, biasanya keadaan bunyi bising secara tiba tiba selalunya jarang berlaku kerana beliau sudah melakukan "setup" audio yang akan meminimakan masalah. Bunyi muzik yang dikeluarkan di speaker akan sedap di dengar tanpa perlu menguatkan volumenya.

Untuk pasukan Audio/PA system kami, akan menggunakan tenaga kerja yang sudah berpengalaman dengan kumpulan muzik kami sejak 10 tahun  yang lalu dan telah mahir dan cekap untuk menghasilkan kualiti bunyi yang terbaik.

Oleh itu sekiranya anda ingin menggunakan perkhidmatan muzik secara "live" terutamanya yang profesional untuk acara korporat dan majlis perkahwinan, pastikan supaya penyedia perkhidmatan Audio/PA system juga yang profesional dan sudah biasa mengiringi persembahan bertaraf profesional. Kerana agak merugikan jika menggunakan kumpulan muzik sudah terbukti bagus dan berkualiti tinggi dengan membayar harga yang mahal tetapi disebabkan penyedia dan pengendali Audio/PA sytem yang tidak berpengalaman, bunyi yang dihasilkan menjadi menyakitkan telinga tetamu yang datang ke acara anda.
Sekiranya ada yang berminat untuk menggunakan khidmat sound / PA system kumpulan kami untuk persembahan  Hari Raya Aidilfitri sama ada untuk Kumpulan Ghazal, Kumpulan muzik Multiracial 1Malaysia, Kumpulan muzik unplugged, Gamelan, Kumpulan Tarian, Kumpulan Tarian kanak-kanak yang boleh menari berbagai tarian tradisional dan antarabangsa seperti zapin joget dan hindustan, boleh menghubungi saya seperti maklumat di bawah.
Terima Kasih kerana memberi sokongan.

Pengurus Anjung Tradisi
Whatsapp: 0132674462
emel: AnjungTradisi@gmail.com
www.GhazalPerkahwinan.com
Blog: www.anjungtradisi.blogspot.com
facebook: www.facebook.com/anjungtradisi

ANJUNG TRADISI INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2024!!!!

 Kumpulan kesenian anjung tradisi, (Ghazal, Tarian dewasa, Tarian kanak kanak, Gamelan, Multicultural band, Live Band) ingin mengucapkan sel...