PAKEJ MUZIK GHAZAL ASLI BERSEMPENA MAJLIS RAMAH TAMAH TERBUKA HARI RAYA TAN SRI HAJI BUSTARI YUSUF BERTEMPAT DI HILTON KUCHING SARAWAK


Pada 16 Julai pula, kumpulan ghazal / asli Anjung Tradisi telah diminta secara khas dan eksklusif untuk mengadakan persembahan bagi menghiburkan tetamu tetamu khas Tan Sri Haji Bustari Yusuf di majlis Ramah Tamah hari raya beliau bertempat di Hilton Kuching Sarawak. Terima ksih Tan Sri atas kesudian menjemput kami dan juga telah menyediakan pengangkutan, penginapan serta makan minum kami di Hilton sepanjang acara berlangsung. seramai 4 pemuzik dan 2 penyanyi yang telah mengadakan persembahan. Kami juga amat seronok sepanjang berada di sana. Malahan amat menghormati keluarga Tan Sri yang turut sama menyanyi menggunakan kumpulan ghazal kami di dalam acara ini. Berikut beberapa gambar yang sempat diambil sepanjang acara berlangsung.







Sekiranya ada yang berminat untuk menggunakan khidmat kumpulan kami untuk persembahan  Hari Raya Aidilfitri, acara korporat atau perkahwinan sama ada Kumpulan Ghazal, Kumpulan muzik Multiracial 1Malaysia, Kumpulan muzik unplugged, Gamelan, Kumpulan Tarian, Kumpulan Tarian kanak-kanak yang boleh menari berbagai tarian tradisional dan antarabangsa seperti zapin joget dan hindustan, boleh menghubungi saya seperti maklumat di bawah.
Terima Kasih kerana memberi sokongan.

Pengurus Anjung Tradisi
Whatsapp: 0132674462
emel: AnjungTradisi@gmail.com
www.GhazalPerkahwinan.com
Blog: www.anjungtradisi.blogspot.com
facebook: www.facebook.com/anjungtradisi

ANJUNG TRADISI INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2024!!!!

 Kumpulan kesenian anjung tradisi, (Ghazal, Tarian dewasa, Tarian kanak kanak, Gamelan, Multicultural band, Live Band) ingin mengucapkan sel...