PAKEJ PERSEMBAHAN MUZIK GHAZAL / ASLI SEMASA MAJLIS JAMUAN TERBUKA HARI RAYA IDEAA STATION BUKIT JELUTONG PADA 7 JULAI 2017



Pada 7 Julai 2017 pula kumpulan Ghazal Anjung Tradisi telah diberi kepercayaan dan kesempatan untuk menghiburkan tetamu khas Restoran Ideaa Station semasa majlis terbuka hari raya aidilfitri bertempat di Bukit Jelutong. Kali ini, penyanyi yang diminta khas untuk berada di dalam acara ini ialah rojer yang merupakan finalis Dangdut Star Asia 2017. Kami mengadakan beberapa lagu mala segar, p.ramlee, lagu hari raya dan pilihan tradisional ghazal dan asli. Pakej perkhidmatan persembahan yang dipilih oleh client kami kali ini adalah yang termasuk Sound system/PA system. Makanan yang disediakan disini semuanya sedap-sedap belaka dan layanan yang diberikan juga amat baik. Terdapat ruang luar dan dalam restoran yang santai dan selesa amat sesuai untuk pengunjung yang inginkan ketenangan sambil menjamu selera. Oleh sebab itu agak ramai yang datang untuk memeriahkan majlis hari raya Ideaa Station tahun ini. antara acara lain yang dianjurkan termasuk letupan bunga api di perkarangan kawasan restoran ini. Berikut beberapa gambar yang sempat diambil semasa acara berlangsung.











Sekiranya ada yang berminat untuk menggunakan khidmat kumpulan kami untuk persembahan  Hari Raya Aidilfitri sama ada Kumpulan Ghazal, Kumpulan muzik Multiracial 1Malaysia, Kumpulan muzik unplugged, Gamelan, Kumpulan Tarian, Kumpulan Tarian kanak-kanak yang boleh menari berbagai tarian tradisional dan antarabangsa seperti zapin joget dan hindustan, boleh menghubungi saya seperti maklumat di bawah.

Terima Kasih kerana memberi sokongan.

Pengurus Anjung Tradisi
Whatsapp: 0132674462
emel: AnjungTradisi@gmail.com
www.GhazalPerkahwinan.com
Blog: www.anjungtradisi.blogspot.com
facebook: www.facebook.com/anjungtradisi

Catatan popular daripada blog ini

PAKEJ PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN KUMPULAN TARIAN TRADISIONAL ZAPIN JOGET DAN PENGIRING PENGANTIN, LIVE BAND GHAZAL UNTUK MAJLIS PERKAHWINAN, MAKAN MALAM KORPORAT DAN MAJLIS RASMI BULAN PUASA RAMADAN DAN MAJLIS HARI RAYA

LAGU LAGU POPULAR LIVE BAND KAMI SEMASA MAJLIS PERKAHWINAN EKSKLUSIF

PAKEJ JAMUAN RUMAH TERBUKA HARI RAYA 2017 - PERSEMBAHAN KESENIAN GHAZAL TARIAN ZAPIN