PAKEJ PERSEMBAHAN MUZIK GHAZAL / ASLI SEMASA MAJLIS HARI RAYA SYARIKAT PETROFAC PADA 21 JULAI 2017 BERTEMPAT DI MENARA 3 KLCC


Seperti mana tahun tahun sebelum ini, pada setiap musim hari raya aidilfitri, pasti kami akan turut dijemput untuk mengadakan persembahan di dalam pejabat syarikat. Kali ini kami telah diberi kepercayaan untuk mengadakan persembahan muzik ghazal / asli dan juga menyediakan perkhidmatan sound / PA system untuk acara Petrofac di Menara 3 KLCC ini. Agak meriah acara yang dirancang bagi syarikat ini. disamping persembahan muzik, kakitangan syarikat ini dihiburkan dengan permainan membuat ketupat terpantas, meneka lagu hari raya, menyanyi bersama ghazal dan beberapa lagi aktiviti lain. Boleh dikatakan semua kakitangan syarikat ini sporting dan turut bersama menyanyi semasa kami membuat persembahan. Penyanyi undangan pada acara kali ini ialah Zarina yang merupakan graduan vokal dari aswara. Acara bermula dari jam 2 petang dan selesai pada 5 petang. Berikut beberapa gambar yang sempat diambil.












Sekiranya ada yang berminat untuk menggunakan khidmat kumpulan kami untuk persembahan untuk majlis perkahwinan, acara korporat, makan malam, majlis pelancaran dan  Hari Raya Aidilfitri sama ada Kumpulan Ghazal, Kumpulan muzik Multiracial 1Malaysia, Kumpulan muzik unplugged, Gamelan, Kumpulan Tarian, Kumpulan Tarian kanak-kanak yang boleh menari berbagai tarian tradisional dan antarabangsa seperti zapin joget dan hindustan, boleh menghubungi saya seperti maklumat di bawah.
Terima Kasih kerana memberi sokongan.

Pengurus Anjung Tradisi
Whatsapp: 0132674462
emel: AnjungTradisi@gmail.com
www.GhazalPerkahwinan.com
Blog: www.anjungtradisi.blogspot.com
facebook: www.facebook.com/anjungtradisi

ANJUNG TRADISI INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2024!!!!

 Kumpulan kesenian anjung tradisi, (Ghazal, Tarian dewasa, Tarian kanak kanak, Gamelan, Multicultural band, Live Band) ingin mengucapkan sel...