PEMENTASAN SIRI SEMARAK BANGSAWAN 2017


TAJUK: Cincin Naga Api
TARIKH: 12, 13 & 14 Mei 2017
KUMPULAN: Persatuan Seni Ceritera Negeri Selangor
PENGARAH: Khusiary Mahyuddin & Roydy Rokidy
SINOPSIS:
Sekumpulan manusia dari pelbagai puak di Middle Earth cuba untuk memusnahkan sebentuk cincin yang mempunyai kuasa jahat dari Sauron, yang bakal menakluki dunia. Dalam perjalanan mereka menuju ke Pergunungan Doom, pelbagai halangan dan dugaan yang mereka hadapi, terutamanya Frodo sebagai pembawa amanat cincin itu untuk dimusnahkan. Tanpa disangka, Raja Saruman yang disangka sebagai penyelamat mereka telah berpaling tadah dan tunduk pada kuasa jahat Sauron.
A group of people from different clans in Middle Earth try to destroy a ring that has an evil power from Sauron, a would-be world conqueror. Along their journey to the Doom Mountain they face many challenges and obstacles, especially Frodo who was mandated to destroy the ring. Unexpectedly, Raja Saruman, who is deemed to be their saver turned his back and fall to the evil powers of Sauron.
---------------------------------------------------------------------------
TAJUK: Satria Menara Putih
TARIKH: 21, 22 & 23 Julai 2017
KUMPULAN: Perkumpulan Seni Singapura
PENGARAH: Ihsan Ali
SINOPSIS:
Satria Menara Putih mengisahkan tentang negeri Lembayung Pura yang tidak mempunyai raja setelah kemangkatan Maharaja Sapta Buana Perkasa yang tidak mempunyai anak. Menurut ramalan pendita negara, hanya satu cara untuk menentukan pengganti raja iaitu siapa yang dapat menarik pedang sakti dia akan dilantik sebagai raja. Ramai yang mencuba namun tidak berjaya, hanya seorang sahaja yang berjaya menarik pedang itu iaitu Andika Perkasa. Semasa memerintah negeri Lembayung Pura, pelbagai cabaran dan dugaan telah melanda Maharaja Andika Perkasa sehinggakan sewaktu baginda mengetuai serangan ke atas negeri pemerintahan Permaisuri Mira Nirwana, Tengku Putera Dandan Utama telah merampas kuasa Negeri Lembayung Pura.
‘Warrior of the White Tower’ relates the story of the kingless Kingdom of Lembayung Pura after the death of Maharaja Sapta Buana Perkasa who is childless. According to the prediction of the kingdom’s clergyman, the only way to determine the king’s substitute is whoever can pull the magic sword then he will be installed as the king. Many try to but in vain, except Andika Perkasa. While in reign Maharaja Andika Perkasa faces lots of challenges and obstacles to that when he leads the attack on a kingdom ruled by Queen Mira Nirwana, Tengku Putera Dandan Utama stages a coup and overtakes the reign of the Kingdom of Lembayung Pura.
---------------------------------------------------------------------------
TAJUK: Dewa Kencana
TARIKH: 15, 16 & 17 September 2017
KUMPULAN: Pertubuhan Teater Hidayah
PENGARAH: Kamarul AR
SINOPSIS:
Berkisar pada hal-hal yang menyangkut dengan keringat dan perjuangan para pemimpin terdahulu yang membina tanah air dan negeri berpaksikan kehendak sumpah dan harapan nenek moyang. Sebilah keris yang dicari ‘keris pusaka’ sesuai menjadi satu perlambangan kepada perlembagaan dan kuasa.
This opera revolves around the fight and sweat of yesteryear leaders that built the nation along the axis of their ancestors’ hopes and vows. A sought after kris, the “heirloom kris”, is suitable as a symbol of power and the constitution.
---------------------------------------------------------------------------
TAJUK: Zhou Si Anak Yatim
TARIKH: 13, 14 & 15 Oktober 2017
KUMPULAN: Opera Sri Bandaraya DBKL
PENGARAH: Lenny Erwan
SINOPSIS:
Kasih sayang yang dicurahkan sejak kecil hakikatnya bersulam derita dan derhaka. Bangsawan Zhao Si Anak yatim berkisar pembalasan dendam seorang anak terhadap pengkhianatan yang dilakukan ke atas ayahandanya.
The love that was showered since small is intertwined with agony and disloyalty. This opera revolves around a son’s revenge of the betrayal done upon his father.
---------------------------------------------------------------------------
TAJUK: Dendam Laksamana
TARIKH: 10, 11 & 12 November 2017
KUMPULAN: Persatuan Seni Silat Pusaka Sendeng Malaysia
PENGARAH: Pat Ibrahim
SINOPSIS:
Dalam sejarah negara dan bangsa kita, Megat Seri Rama ialah pahlawan dan pewira Melayu yang taat dan setia, sanggup berkorban jiwa raga dan berbakti untuk kepentingan raja, kerajaan dan negaranya. Terkorban Sultan Mahmud Syah kedua di Johor Lama, Kota Tinggi bukan sahaja kerana kezaliman atau kekejaman baginda, bahkan kerana berlaku perpecahan perpaduan antara kumpulan raja dan kumpulan bendahara.
In our history Megat Sri Rama is a loyal and brave Malay warrior. He dares to sacrifice his body and soul for the king, government and his country. The death of Sultan Mahmud Shah the Second in the old Johor, Kota Tinggi, not only because of his brutality or cruelty but due to disunity among the sultan’s group and the prime minister’s group.
---------------------------------------------------------------------------
SIRI SEMARAK BANGSAWAN 2017
TEMPAT: Auditorium DBKL, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur
MASA: 8.30 Malam
TIKET: RM10 / RM25 / RM50 (Premier)
TEMPAHAN TIKET: 03 - 2614 8200 / 8262 / 8265


Sekiraya ada yang berminat untuk menggunakan khidmat kumpulan kami untuk persembahan bulan Puasa dan Hari Raya Aidilfitri sama ada Kumpulan Ghazal, Kumpulan muzik Multiracial 1Malaysia, Kumpulan muzik unplugged, Gamelan, Kumpulan Tarian, Kumpulan Tarian kanak-kanak yang boleh menari berbagai tarian tradisional dan antarabangsa seperti zapin joget dan hindustan, boleh menghubungi saya seperti maklumat di bawah.

Terima Kasih kerana memberi sokongan.

Pengurus Anjung Tradisi
Whatsapp: 0132674462
emel: AnjungTradisi@gmail.com
www.GhazalPerkahwinan.com
Blog: www.anjungtradisi.blogspot.com
facebook: www.facebook.com/anjungtradisi

Catatan popular daripada blog ini

PAKEJ PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN KUMPULAN TARIAN TRADISIONAL ZAPIN JOGET DAN PENGIRING PENGANTIN, LIVE BAND GHAZAL UNTUK MAJLIS PERKAHWINAN, MAKAN MALAM KORPORAT DAN MAJLIS RASMI BULAN PUASA RAMADAN DAN MAJLIS HARI RAYA

LAGU LAGU POPULAR LIVE BAND KAMI SEMASA MAJLIS PERKAHWINAN EKSKLUSIF