PAKEJ PERSEMBAHAN GHAZAL / ASLI BERSEMPENA ACARA JOM NIKAH BERTEMPAT DI ANJUNG FLORIA PUTRAJAYA PADA 29 APRIL 2017

Pada 29 April 2017 baru baru ini, kumpulan muzik tradisional ghazal / asli Anjung Tradisi telah diberi kepercayaan menghiburkan tetamu 25 pengantin yang menyertai acara Jom Nikah bertempat di Anjung Floria Putrajaya. Ini merupakan kali pertama kami kami berkesempatan membuat persembahan di sini. Saya lihat kawasan yang luas amat memudahkan pengunjung yang datang. Fasiliti Anjung Floria juga lengkap sesuai dengan acara besar melibatkan ribuan tetamu  yang memerlukan pakej teknikal, kanopi, persembahan dan katering. Kami mengadakan persembahan lagu lagu ghazal / asli, hindi dan lagu lagu yang sesuai untuk majlis perkahwinan. Kami juga menyediakan alatan teknikal PA sistem audio untuk kelengkapan kumpulan kami. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan pelanggan berpuas hati. Berikut beberapa gambar dan video yang sempat diambil semasa acara berlangsung.

 Ruang pelamin pengantin anjung Florias



 Linda penyanyi berpengalaman


 Linda dan Maidin Emcee berduet




   

 

Kumpulan Kesenian Anjung Tradisi pada 1999 bermula dengan 8 orang ahli. Kumpulan Kesenian Anjung Tradisi kerap mengadakan persembahan muzik dan tarian tradisional di peringkat kebangsaan dan antarabangsa untuk Konvensyen, Persidangan, majlis berbuka puasa, majlis rumah terbuka hari raya aidilfitri serta menjadi penghibur tetap untuk banyak syarikat utama seperti Sapura Kencana dan Petronas. Antara kejayaan ahli kumpulan Anjung Tradisi ini apabila pernah memenangi beberapa pingat emas di World Championship Of Performing Arts di Hollywood Los Angeles pada Julai 2008. 

Sekiranya ada yang berminat untuk menggunakan khidmat kumpulan kami untuk persembahan bulan Puasa dan Hari Raya Aidilfitri sama ada Kumpulan Ghazal, Kumpulan muzik Multiracial 1Malaysia, Kumpulan muzik unplugged, Gamelan, Kumpulan Tarian, Kumpulan Tarian kanak-kanak yang boleh menari berbagai tarian tradisional dan antarabangsa seperti zapin joget dan hindustan, boleh menghubungi saya seperti maklumat di bawah.

Terima Kasih kerana memberi sokongan.

Pengurus Anjung Tradisi
Whatsapp: 0132674462
emel: AnjungTradisi@gmail.com
www.GhazalPerkahwinan.com
Blog: www.anjungtradisi.blogspot.com
facebook: www.facebook.com/anjungtradisi

ANJUNG TRADISI INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2024!!!!

 Kumpulan kesenian anjung tradisi, (Ghazal, Tarian dewasa, Tarian kanak kanak, Gamelan, Multicultural band, Live Band) ingin mengucapkan sel...