TARIAN LABI-LABI



Asal Daerah / Negeri : Endah dan di Pekan, Pahang
Kaum                     : Melayu

Tarian Labi-Labi masih boleh didapati di Endah dan di Pekan, Pahang. Terdapat sedikit perbezaan diantara tarian Labi-Labi dari Endau dan Pahang. Di Endau ianya ditarikan oleh seorang penari sahaja dengan diiringi oleh alatan muzik biola dan gong. Manakala di Pekan pula tarian ini ditarikan oleh lebih dari dua orang. Alat-alat muzik yang mengiringinya ialah gendang buluh, rebana, gong, gong kelapa (keketok) dan serunai. Tarian ini dimulai dengan upacara beradat. Pencak Silat ditarikan di hadapan bunga telor, pulut kunyit dan tepak sireh. 

lanya diikuti oleh tarian piring dan kemudian baharulah tarian Labi-Labi dimulakan. Tarian Labi-Labi adalah tarian yang bersifat komedi. Penari-penari yang terdiri dari orang lelaki sahaja dengan pakaian Melayu lengkap, berbaju Melayu, berseluar, bersampin dan bertengkolok akan menari gerak-geri labi-labi. Dua orang penari yang berlagak sebagai anak labi-labi akan keluar dari sarangnya dan cuba mendapatkan pisang yang dilemparkan pada penari-penari itu. Gerak geri labi-labi yang duduk mencangkung dan terjelir-jelir lidahnya ditiru oleh dua orang penari itu. Kemudian bapa labi-labi pula keluar menari dengan lagak yang lebih menggelikan hati dan cuba mendapatkan umpan tadi.


*** Untuk menggunakan khidmat artis budaya Anjung Tradisi, sila klik  http://anjungtradisi.blogspot.com/2013/08/pakej-persembahan-kebudayaan-kumpulan.html untuk mengetahui dengan lebih lanjut.


_________________________


Jika anda masih tercari cari persembahan yang sesuai dengan acara yang ingin dianjurkan, boleh terus melihat kumpulan Live band dan tarian yang boleh dan pernah kami pentaskan sebelum ini seperti di bawah.

Sila KLIK SINI Untuk melihat penerangan ringkas Pakej Persembahan Live Band dan Kebudayaan yang kami tawarkan.


Kumpulan kesenian Anjung Tradisi ditubuhkan pada tahun 1999 dengan 8 orang ahli sepenuh masa. Sejak itu kerap mengadakan persembahan kesenian muzik dan tarian di sekitar Lembah Kelang bagi memeriahkan majlis perkahwinan, Acara rasmi, makan malam, majlis berbuka puasa, Rumah Terbuka Hari raya dan persembahan di restoran dan hotel terkemuka untuk jabatan kerajaan, syarikat multinasional dan berbagai acara yang dianjurkan oleh organisasi tempatan dan antarabangsa. Antara syarikat dan badan yang pernah menggunakan khidmat anjung tradisi ialah Sapura Kencana, Petronas Dagangan, Prudential, MHDC, MAMPU, Kementerian Kesihatan Malaysia, Lembaga Lebuh raya Malaysia dan banyak lagi.

Sila KLIK SINI untuk lihat Pakej Persembahan Tarian Kami.

Kini kumpulan ini terdiri daripada 10 ahli muzik tradisional dan moden tetap dan 15 ahli muzik jemputan (Ghazal, Gamelan, Caklempong, Keroncong, Band Kombo, Band Unplugged, Kompang, Percussion 1 Malaysia dan Band Multiracial 1Malaysia). Manakala untuk tarian pula terdiri daripada 2 Koreografer, 20 penari dewasa sepenuh masa dan 10 penari kanak-kanak. Ahli kumpulan ini berkeupayaan untuk membuat persembahan tradisional dan moden dalam berbagai genre dan repertoire persembahan tempatan dan antarabangsa. Ahli muzik dan penari Anjung Tradisi merupakan penggiat yang terlatih dan profesional serta majoritinya mempunyai kelulusan ijazah seni muzik dan tari daripada IPTA dan IPTS.


Sila KLIK SINI untuk lihat Senarai Pakej Live Band Kami.

Antara kejayaan terbesar ahli kumpulan Anjung Tradisi ini apabila pernah memenangi beberapa pingat emas di World Championship Of Performing Arts di Hollywood Los Angeles pada Julai 2008. Kini kumpulan ini sudah mula mengorak langkah menerima tempahan persembahan kesenian di luar Lembah Kelang pula seperti di Seremban, Melaka, Johor, Kuantan dan Ipoh.

Khidmat kumpulan kesenian Anjung Tradisi ini boleh diperoleh dengan cara berikut.

Bahizal Abu Bakar

Pengurus
Kumpulan Kesenian Anjung Tradisi
Whatsapp : 0132674462
E-mel : AnjungTradisi@gmail.com
Blog : www.anjungtradisi.blogspot.com
Facebook : www.facebook.com/anjungtradisi
Twitter : www.twitter.com/anjungtradisi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANJUNG TRADISI INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2024!!!!

 Kumpulan kesenian anjung tradisi, (Ghazal, Tarian dewasa, Tarian kanak kanak, Gamelan, Multicultural band, Live Band) ingin mengucapkan sel...