TARIAN DIKIR HADERA



Tarian ini juga dikenali dengan nama Rebana Kercing atau Tarian Dikir. Pemain rebana terdiri dari enam hingga dua belas orang dan mereka memainkan lagu bagi 12 orang penari menari. Sewaktu menari pemain-pemain rebana akan menyanyikan lagu-lagu yang mempunyai pengaruh Islam seperti Halaya, Saltu'alanan, Annabi llmustafa, Yazaljalaliwal ikram dan Muhammadun.

Dikir Hadera dipersembahkan. di istana-istana, di majlis-majlis persembahan kebudayaan. Dipercayai bahawa Tarian Dikir hadera berasal dari negeri Arab dan sudah sedia ada sejak zaman Nabi Muhammad S.A.W. Dengan takdir Tuhan seorang penjerat  telah mendapat seekor kijang yang sedang bunting daripada jerat-jerat yang dipasangnya. Apabila kijang ini hendak disembelih oleh penjerat maka kijang pun dengan ratap tangisnya merayu kepada sipenjerat minta dikasihani kerana ia sedang bunting dan akan melahirkan anak yang dikandungnya. Penjerat dengan keras hati tidak mahu mendengar rayuan kijang. Kijang merayu, dan memohon tangguh sepuluh minit baharu ia  disembelih. Ketika ini kijang dengan perasaan sedih dan lemah gemalai bersyair dan menari di hadapan penjerat dan orang ramai yang menyaksikan ia hendak disembelihkan itu. Syair-syair yang dilagukannya adalah berupa puji-pujian kepada Nabi Muhammad S.A.W. dan sahabat-sahabatnya.

Kerana asyiknya penjerat dan orang-orang ramai menyaksikan kijang ini menari dan bersyair dengan syair-syair memuja dan memuji  Nabi Muhammad S.A.W. serta sahabatnya maka mereka terlupa bahawa masa 10 minit yang tetah dijanjikan itu telah terlewat apabila kijang mengakhirkan tariannya. Penjerat tetap dengan keputusannya hendak menyembelih jua. Kerana ini sekali lagi kijang merayu kepada penjerat supaya halnya ini dibawa ke hadapan Nabi untuk mendapatkan pertimbangan. Setelah Nabi mendengar cerita ini maka baginda telah memutuskan dan memerintahkan penjerat supaya kijang yang bunting itu jangan dibunuh, demi mengasihi anak kecil di dalam perut kijang itu. Kijang sukacita. Orang ramai bersimpati. Penjerat terpaksa taat akan keputusan Nabi dengan hati yang sebak. Sebagai ingatan dan kenangan akan peristiwa ini maka orang-orang Arab pun menjadikan syair-syair yang memuji Nabi dan sahabat-sahabatnya itu serta tarian yang ditarikan oleh kijang tersebut dijadikan tarian rakyat mereka turun temurun hinggalah sekarang ini.


*** Untuk menggunakan khidmat artis budaya Anjung Tradisi, sila klik  http://anjungtradisi.blogspot.com/2013/08/pakej-persembahan-kebudayaan-kumpulan.html untuk mengetahui dengan lebih lanjut.


_________________________


Jika anda masih tercari cari persembahan yang sesuai dengan acara yang ingin dianjurkan, boleh terus melihat kumpulan Live band dan tarian yang boleh dan pernah kami pentaskan sebelum ini seperti di bawah.

Sila KLIK SINI Untuk melihat penerangan ringkas Pakej Persembahan Live Band dan Kebudayaan yang kami tawarkan.


Kumpulan kesenian Anjung Tradisi ditubuhkan pada tahun 1999 dengan 8 orang ahli sepenuh masa. Sejak itu kerap mengadakan persembahan kesenian muzik dan tarian di sekitar Lembah Kelang bagi memeriahkan majlis perkahwinan, Acara rasmi, makan malam, majlis berbuka puasa, Rumah Terbuka Hari raya dan persembahan di restoran dan hotel terkemuka untuk jabatan kerajaan, syarikat multinasional dan berbagai acara yang dianjurkan oleh organisasi tempatan dan antarabangsa. Antara syarikat dan badan yang pernah menggunakan khidmat anjung tradisi ialah Sapura Kencana, Petronas Dagangan, Prudential, MHDC, MAMPU, Kementerian Kesihatan Malaysia, Lembaga Lebuh raya Malaysia dan banyak lagi.

Sila KLIK SINI untuk lihat Pakej Persembahan Tarian Kami.

Kini kumpulan ini terdiri daripada 10 ahli muzik tradisional dan moden tetap dan 15 ahli muzik jemputan (Ghazal, Gamelan, Caklempong, Keroncong, Band Kombo, Band Unplugged, Kompang, Percussion 1 Malaysia dan Band Multiracial 1Malaysia). Manakala untuk tarian pula terdiri daripada 2 Koreografer, 20 penari dewasa sepenuh masa dan 10 penari kanak-kanak. Ahli kumpulan ini berkeupayaan untuk membuat persembahan tradisional dan moden dalam berbagai genre dan repertoire persembahan tempatan dan antarabangsa. Ahli muzik dan penari Anjung Tradisi merupakan penggiat yang terlatih dan profesional serta majoritinya mempunyai kelulusan ijazah seni muzik dan tari daripada IPTA dan IPTS.


Sila KLIK SINI untuk lihat Senarai Pakej Live Band Kami.

Antara kejayaan terbesar ahli kumpulan Anjung Tradisi ini apabila pernah memenangi beberapa pingat emas di World Championship Of Performing Arts di Hollywood Los Angeles pada Julai 2008. Kini kumpulan ini sudah mula mengorak langkah menerima tempahan persembahan kesenian di luar Lembah Kelang pula seperti di Seremban, Melaka, Johor, Kuantan dan Ipoh.

Khidmat kumpulan kesenian Anjung Tradisi ini boleh diperoleh dengan cara berikut.

Bahizal Abu Bakar

Pengurus
Kumpulan Kesenian Anjung Tradisi
Whatsapp : 0132674462
E-mel : AnjungTradisi@gmail.com
Blog : www.anjungtradisi.blogspot.com
Facebook : www.facebook.com/anjungtradisi
Twitter : www.twitter.com/anjungtradisi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERSEMBAHAN MUZIK GHAZAL DAN ASLI SEMASA MAJLIS BERBUKA PUASA MENTERI BESAR SELANGOR YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI AMIRUDIN BIN SHARI

 Pada 17, 20, 22, 25 Mac dan 1 April 2024, Menteri Besar Selangor telah mengadakan majlis berbuka puasa yang turut dihadiri oleh berbagai la...