TARIAN GARUNG



Asal Daerah / Negeri : Kelantan
Kaum                     : Melayu

Tarian Garung terdapat di negeri Kelantan. Asalnya dari tarian istana Raja-raja Melayu di masa putera-puteri raja bersuka-sukaan semasa mereka dianjung istana.  Biasanya tarian ini ditarikan oleh lima pasang penari dengan iringan pantun yang dinyanyikan oleh penari mengikut rentak bunyi-bunyian. Pasangan penari utama akan menari di tengah-tengah dengan dikelilingi oleh empat pasang penari. Garung adalah loceng buluh yang digantung pada kerbau atau lembu atau kambing bagi menandakan kepada tuannya di mana binatang-binatang ternakan tiu berada. Penari akan meniru gerak-geri binatang-binatang ternakan ini. Tarian Garung yang ditarikan berpasang-pasang ini diiringi oleh lagu Pantai Timur dan alat-alat muzik iringan adalah seperti tetawak. serunai, seruling, kesi, canang, gendang dan rebab.


*** Untuk menggunakan khidmat artis budaya Anjung Tradisi, sila klik  http://anjungtradisi.blogspot.com/2013/08/pakej-persembahan-kebudayaan-kumpulan.html untuk mengetahui dengan lebih lanjut.


_________________________


Jika anda masih tercari cari persembahan yang sesuai dengan acara yang ingin dianjurkan, boleh terus melihat kumpulan Live band dan tarian yang boleh dan pernah kami pentaskan sebelum ini seperti di bawah.

Sila KLIK SINI Untuk melihat penerangan ringkas Pakej Persembahan Live Band dan Kebudayaan yang kami tawarkan.


Kumpulan kesenian Anjung Tradisi ditubuhkan pada tahun 1999 dengan 8 orang ahli sepenuh masa. Sejak itu kerap mengadakan persembahan kesenian muzik dan tarian di sekitar Lembah Kelang bagi memeriahkan majlis perkahwinan, Acara rasmi, makan malam, majlis berbuka puasa, Rumah Terbuka Hari raya dan persembahan di restoran dan hotel terkemuka untuk jabatan kerajaan, syarikat multinasional dan berbagai acara yang dianjurkan oleh organisasi tempatan dan antarabangsa. Antara syarikat dan badan yang pernah menggunakan khidmat anjung tradisi ialah Sapura Kencana, Petronas Dagangan, Prudential, MHDC, MAMPU, Kementerian Kesihatan Malaysia, Lembaga Lebuh raya Malaysia dan banyak lagi.

Sila KLIK SINI untuk lihat Pakej Persembahan Tarian Kami.

Kini kumpulan ini terdiri daripada 10 ahli muzik tradisional dan moden tetap dan 15 ahli muzik jemputan (Ghazal, Gamelan, Caklempong, Keroncong, Band Kombo, Band Unplugged, Kompang, Percussion 1 Malaysia dan Band Multiracial 1Malaysia). Manakala untuk tarian pula terdiri daripada 2 Koreografer, 20 penari dewasa sepenuh masa dan 10 penari kanak-kanak. Ahli kumpulan ini berkeupayaan untuk membuat persembahan tradisional dan moden dalam berbagai genre dan repertoire persembahan tempatan dan antarabangsa. Ahli muzik dan penari Anjung Tradisi merupakan penggiat yang terlatih dan profesional serta majoritinya mempunyai kelulusan ijazah seni muzik dan tari daripada IPTA dan IPTS.


Sila KLIK SINI untuk lihat Senarai Pakej Live Band Kami.

Antara kejayaan terbesar ahli kumpulan Anjung Tradisi ini apabila pernah memenangi beberapa pingat emas di World Championship Of Performing Arts di Hollywood Los Angeles pada Julai 2008. Kini kumpulan ini sudah mula mengorak langkah menerima tempahan persembahan kesenian di luar Lembah Kelang pula seperti di Seremban, Melaka, Johor, Kuantan dan Ipoh.

Khidmat kumpulan kesenian Anjung Tradisi ini boleh diperoleh dengan cara berikut.

Bahizal Abu Bakar

Pengurus
Kumpulan Kesenian Anjung Tradisi
Whatsapp : 0132674462
E-mel : AnjungTradisi@gmail.com
Blog : www.anjungtradisi.blogspot.com
Facebook : www.facebook.com/anjungtradisi
Twitter : www.twitter.com/anjungtradisi
Youtube : www.youtube.com/user/AnnjungTradisi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PROMOSI PERSEMBAHAN LIVE BAND, GHAZAL, TARIAN HARI RAYA DAN RAMADAN DI PENANG, KEDAH, PERLIS !!!!

SUBSCRIBE VIDEO YOUTUBE CHANNEL KAMI Sekiranya ada yang berminat untuk menggunakan khidmat kumpulan kami untuk persembahan untuk majli...