Asal Daerah / Negeri : Terengganu
Kaum :Melayu
Aspek-aspek pemujaan ada dalam tarian Ulik Mayang. Tarian ini ditarikan oleh 10 hingga 15 orang di musim memuja pantai. mayang pinang akan digoncang-goncang di atas bekas kemian. Apabila penari yang memegang mayang tersebut merasakan bahawa mayang itu telah hidup maka ia akan diserahkan kepada penari yang lain pula. Tarian ini diiringi dengan nyanyian yang berupa korus dan pantun-pantun yang memuji puteri 7 beradik. Lirik lagunya adalah seperti berikut: Umbuk mayang diumbuk Umbuk dengan jala jemala Utik mayang diulik Ulik dengan puteri satu (hingga puteri tujuh) Pantunnya pula adalah seperti berikut: Puteri satu berbaju serong puteri satu bersanggul sendeng puteri satu bersubang gading Puteri satu berselendang kuning. Kemuncak tarian ini ialah apabila penari yang memegang mayang yang diulik tidak sedarkan diri. Bagi memulihkan mereka, mereka yang tidak sedar akan dipulihkan dengan nyanyian pantun seperti berikut: Umbut mayang diumbuk Umbuk dengan jala jemala Pulih mayangku pulih Pulih balik sediakala.
*** Untuk menggunakan khidmat artis budaya Anjung Tradisi, sila klik http://anjungtradisi.blogspot.com/2013/08/pakej-persembahan-kebudayaan-kumpulan.html
*** Untuk menggunakan khidmat artis budaya Anjung Tradisi, sila klik http://anjungtradisi.blogspot.com/2013/08/pakej-persembahan-kebudayaan-kumpulan.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan