TARIAN SUMAZAU



Asal Daerah / Negeri : Sarawak
Kaum                     : Kadazan

Tarian Sumazau adalah sebuah tarian perlahan dengan gerakan lemah-lembut dan ditarikan oleh penari-penari lelaki dan perempuan. Penari lelaki dan perempuan berhadap-hadapan, dan menggerakkan kaki dengan langkah kecil dan tumit kaki diangkat dan diturunkan mengikut muzik. Tangan mereka pula dikepak keluar dan diturun-naikkan seperti burung terbang. Tarian ini bertambah indah dipandang terutama bila di serikan dengan pakaian tradisional Kadazan. Penari wanita memakai kain baldu berwarna hitam dan baju pendek hitam. Kain dan baju ini dihiasi dengan manik-manik yang berkelip-kelipan. Penari lelaki pula memakai seluar dan jaket hitam berserta dengan topi di kepala. Tidak banyak alat muzik iringan sebab Tarian Sumazau hanya diiringi oleh bunyi enam jenis gong yang berbeza-beza nadanya.

*** Untuk menggunakan khidmat artis budaya Anjung Tradisi, sila klik  http://anjungtradisi.blogspot.com/2013/08/pakej-persembahan-kebudayaan-kumpulan.html untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANJUNG TRADISI INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2024!!!!

 Kumpulan kesenian anjung tradisi, (Ghazal, Tarian dewasa, Tarian kanak kanak, Gamelan, Multicultural band, Live Band) ingin mengucapkan sel...