TARIAN JOGET




Tarian Joget memang dikenali oleh setiap orang di Malaysia, lebih-lebih lagi tarian ini telah diterima sebagai tarian sosial bagi semua golongan kaum dan bangsa. Joget adalah berasal dari tarian Portugis Branyo. Tarian Joget dahulu ditarikan dengan iringan lagu Portugis seperti Jingling Nona. Akan tetapi sekarang lagu-lagu baru telah dicipta seperti lagu Joget, Timang-timang Anak, Joget Bunga Anggerik, Rupa kacak, Abang Tak Lupa, Merah Jambu Merah dan lain-lain lagi. Dalam Tarian Joget gerak-geri kaki lebih penting dari gerakan tangan. Sungguhpun begitu gerakan dalam tarian ini sangat mudah ditarikan, sebab itulah Tarian Joget telah begitu popular sebagai tarian sosial.


*** Untuk menggunakan khidmat artis budaya Anjung Tradisi, sila klik  http://anjungtradisi.blogspot.com/2013/08/pakej-persembahan-kebudayaan-kumpulan.html untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERSEMBAHAN GHAZAL SEMASA PAKEJ BUFFET BERBUKA PUASA DI HOTEL MOVENPICK PUTRAJAYA 2024

 Di sepanjang bulan ramadan 2024, kumpulan kesenian anjung tradisi telah ditugaskan untuk menghiburkan pengunjung buffet berbuka puasa di ho...