Asal Daerah / Negeri : Kelantan
Kaum : Melayu
Tarian Hala adalah sebuah tarian pemujaan semangat sawah padi di Negeri Kelantan. Seperti tarian-tarian pemujaan yang lain Tarian Hala diawasi oleh seorang pawang. Tarian ini dipersembahkan di sawah padi dan tarian yang dikepalai oleh seorang penari utama dan enam orang inang akan menari bagi mewakili penduduk kampung tersebut. Tujuan utama Tarian Haia adalah berterima kasih di atas hasil menuai padi yang diperolehi. Sebab itulah tarian ini ditarikan selepas musim menuai.
*** Untuk menggunakan khidmat artis budaya Anjung Tradisi, sila klik http://anjungtradisi.blogspot.com/2013/08/pakej-persembahan-kebudayaan-kumpulan.html untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan