TARIAN GUNUNGAN




Tarian ini ditarikan selepas musim menuai di Pantai Timur dengan tujuan memuja semangat-semangat yang ada. Lebih-lebih lagi semangat padi, semangat kampung dan lain-lain kepercayaan mereka. Jamuan dan upacara pengorbanan dilakukan untuk tujuan pemujaan. Seorang bomoh (wanita) bersama-sama kumpulan penari yang terdiri dari enam orang lelaki dan enam orang perempuan atau kurang akan membawa buah-buahan, bunga, nasi, kuih-kuih telur masak dan ayam panggang ke sawah. Bila sampai di sawah barang-barang yang dibawah akan diletakkan di bawah pokok dan penari-penari pun menari dengan gaya menyembah dan gerakan-gerakan pemujaan yang lain. Tarian ini ditarikan sewaktu hendak memulakan bersawah padi dan alat-alat muzik wayang kulit digunakan untuk mengiringi tarian ini.

*** Untuk menggunakan khidmat artis budaya Anjung Tradisi, sila klik  http://anjungtradisi.blogspot.com/2013/08/pakej-persembahan-kebudayaan-kumpulan.html untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tips Menyusun Persembahan Tarian Dewasa yang Memikat semasa Majlis Rumah Terbuka Hari Raya

Persembahan tarian dewasa yang memikat dapat menambah seri dan kemeriahan kepada majlis rumah terbuka Hari Raya. Berikut adalah beberapa ti...