Asal Daerah / Negeri : Kelantan
Kaum :Melayu
Adalah satu tarian klasik daerah Kelantan dan ditarikan di istana Raja Kelantan oleh gadis gadis remaja dihari upacara tertentu dan di hari hari keramaian penari penari terdiri dari dayang-dayang istana yang telah dilatih khusus untuk tarian ini. Dari segi sejarah (Hikayat Patani) Raja Kuning iaitu Raja Perempuan yang memerintah Patani dalam tahun 1644 ada menyimpan 12 orang penari istana yang menyanyi dan menari dipanggil Asyik. Asal usul tarian ini adalah dari seorang raja yang memelihara seekor burung kesayangannya di istana. Suatu hari beliau dapati burungnya terlepas dari sangkar, lalu diikutnya burung itu ke hutan belantara dengan harapan untuk mendapatkannya balik. Setelah bertahun-tahun burung kesayangannya masih tidak dapat diambil kembali, lalu raja tersebut kembali ke istana dengan penuh kekecewaan. Untuk menghilangkan rindunya terhadap burung tersebut raja tersebut telah memerintah agar dicipta satu tarian yang meniru gerak geri burung kesayangannya.
Sebagai menggantikan burung kesayangannya maka kumpulan Asyik yang terdiri dari dayang-dayang istana terpaksa menari di hadapannya bila ia terkenangkan burungnya. Asyik bererti kekasih dan pengertian ini bersesuaian dengan gerak geri tarian ini yang bersifat lemah lembut dan penuh dengan ketertiban. Cara tarian ini dipersembahkan adalah mulanya 10 orang penari akan masuk dan bersimpuh dengan tertibnya. Kemudian diikuti pula oleh Puteri Asyik dan semua menyembah lalu menari. Alat-alat muzik yang mengiringi tarian Asyik adatah terdiri dari gedombak asyik (ada sebanyak 11 jenis), gambang dan rebab.Tiga alat muzik utama ini mesti selalu ada untuk mengiringi tarian ini. Di samping gerak geri dan pakaian yang berseri, tarian Asyik telah menarik minta masyarakat seluruhnya. Tarian Asyik dahulu ditarikan Majlis perkahwinan. Di malam berinai dan malam berinai besar di istana. Hari ini Tarian Asyik diper sembahkan juga di hari-hari temasya negeri dan negara.
*** Untuk menggunakan khidmat artis budaya Anjung Tradisi, sila klik http://anjungtradisi.blogspot.com/2013/08/pakej-persembahan-kebudayaan-kumpulan.html untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
ade tak pasal busana tarian asyik n alat muzik tarian asyik ?
BalasPadam