TARIAN PINYAH



Asal Daerah / Negeri : Sarawak.
Kaum                     : Kaum Kayan

Tarian Pinyah ditarikan dengan tujuan menghibur hantu-hantu yang bertanggungiawb atas penyakit seseorang. Keduanya pula adalah untuk mengembalikan semangat pesakit yang telah keluar dari badannya. Ditarikan mengikut tempo perlahan dan cepat. Bila tempo bertambah cepat penari-penari menjadi liar sehinggalah seorang penari tertidur dan jatuh di atas iantai, Ketika ini dipercayai rohnya sudah pergi mencari roh pesakit. Seorang penari akan menghembuskan di telinga penari yang pengsan dan menggerakkannya. Bila beliau sedar kononnya beliau mempunyai roh pesakit ditangannya dan roh ini dimasukkan ke datam tambak (bakul). Seterusnya penari utama akan mengambil roh itu di tangan dan menghembuskannya kepada pesakit menerusi telinganya. Proses ini diulang-ulang beberapa kali sehingga pesakit sedar. Tarian Pinyah ditarikan oleh kaum Kayan di Sarawak.

*** Untuk menggunakan khidmat artis budaya Anjung Tradisi, sila klik  http://anjungtradisi.blogspot.com/2013/08/pakej-persembahan-kebudayaan-kumpulan.html untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERSEMBAHAN GHAZAL SEMASA PAKEJ BUFFET BERBUKA PUASA DI HOTEL MOVENPICK PUTRAJAYA 2024

 Di sepanjang bulan ramadan 2024, kumpulan kesenian anjung tradisi telah ditugaskan untuk menghiburkan pengunjung buffet berbuka puasa di ho...