TARIAN BALAI



Asal Daerah / Negeri : Terengganu
Kaum                     : Melayu

Tarian Balai adalah sebuah tarian negeri Terengganu yang terkenal. Asal tarian ini dipersembahkan oleh gadis kampung dengan gerakan-gerakan simbolik seperti  semasa bersawah padi. Mereka menari sambil mengelilingi Balai iaitu sejenis payung panjang dihias berwarna warni dan ditetakkan di tengah-tengah gelanggang. Balai mungkin merupakan simbol pemujaan semangat padi. Dalam masa menari akan menggunakan alat-alat persawahan seperti cangkul, kepi,terendak. tampi dan lain-lain. Sementara itu alat muzik yang mengiringi tarian ini hanyalah dua buah gendang dan sebuah gong. Penari-penari menari sambil menyanyi dengan pantun-pantun mengenai sawah padi.


*** Untuk menggunakan khidmat artis budaya Anjung Tradisi, sila klik  http://anjungtradisi.blogspot.com/2013/08/pakej-persembahan-kebudayaan-kumpulan.html

untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tips Menyusun Persembahan Tarian Dewasa yang Memikat semasa Majlis Rumah Terbuka Hari Raya

Persembahan tarian dewasa yang memikat dapat menambah seri dan kemeriahan kepada majlis rumah terbuka Hari Raya. Berikut adalah beberapa ti...