Asal Daerah / Negeri : Sarawak
Kaum : Dayak
Tarian ini boleh ditarikan dalam satu kumpulan, seorang atau berdua. Selalunya ditarikan di musim menuai dan juga selepas kembali dari perang oleh kaum dayak di Sarawak. Dengan pakaian yang garang warnanya dan berikatkan kain merah bertekat emas, penari-penari menggayakan tarian ini mengelilingi parang yanq terletak di atas lantai. Sambil berjingkit-jingkit parang diambil dan menari seperti orang sedang berlawan. Gong, canang dan tawak merupakan alat bunyi-bunyian yang mengiringi tarian ini.
*** Untuk menggunakan khidmat artis budaya Anjung Tradisi, sila klik http://anjungtradisi.blogspot.com/2013/08/pakej-persembahan-kebudayaan-kumpulan.html untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
Kumpulan Kesenian Anjung Tradisi pada 1999 bermula dengan 8 orang ahli. Kumpulan Kesenian Anjung Tradisi kerap mengadakan persembahan muzik dan tarian tradisional di peringkat kebangsaan dan antarabangsa untuk Konvensyen, Persidangan, Persembahan dan Muzik untuk Majlis Perkahwinan Eksklusif, Rumah terbuka Hari Raya, Majlis Berbuka Puasa serta menjadi penghibur tetap untuk banyak syarikat utama seperti Sapura Kencana dan Petronas. Antara kejayaan ahli kumpulan Anjung Tradisi ini apabila pernah memenangi beberapa pingat emas di World Championship Of Performing Arts di Hollywood Los Angeles pada Julai 2008.
Sekiranya ada yang berminat untuk menggunakan khidmat kumpulan kami sama ada wedding live band, live band, Kumpulan Ghazal, Kumpulan muzik Multiracial 1Malaysia, Kumpulan muzik unplugged, Gamelan, Kumpulan Tarian, Kumpulan Tarian kanak-kanak yang boleh menari berbagai tarian tradisional dan antarabangsa seperti zapin joget dan hindustan, boleh menghubungi saya seperti maklumat di bawah.
Terima Kasih kerana memberi sokongan.
Bahizal Abu Bakar
Pengurus Anjung Tradisi
0132674462
emel: AnjungTradisi@gmail.com
youtube channel: www.youtube.com/user/AnnjungTradisi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan