PERSEMBAHAN LIVE BAND MULTIRACIAL 1MALAYSIA SEMASA MAJLIS HARI RAYA KUMPULAN SIRIM PADA 12 OGOS 2015 DI SACC



Pada 12 ogos yang lepas Live Band 1Malaysia Multicultural 1Malaysia telah dijemput oleh kumpulan SIRIM http://www.sirim.my/ untuk menghiburkan tetamu yang hadir di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya bertempat di SACC Shah Alam http://www.sacc.com.my/. Saya dihubungi oleh puan Norbaizuri sewaktu awal bulan puasa lagi untuk membincangkan persembahan kesenian yang paling sesuai untuk acara ini. Setelah mengambil kira persembahan di dalam bulan kemerdekaan serta ingin menyemarakkan hubungan mesra di antara kaum yang berbeza di negara kita. SIRIM telah memilih Live Band Multicultural 1Malaysia sebagai penghibur acara ini. Seperti mana penganjur sebelum ini, SIRIM meminta Jamilah abu Bakar sebagai penyanyi dan saya boleh memilih sendiri penyanyi lelaki.


Jamilah sentiasa menjadi pilihan client kumpulan kami dalam apa juga jenis acara.


Seperti yang tuan puan lihat di dalam live band unik kami ini, alatan muzik tradisional yang digunakan adalah berasal dari latarbelakang yang berbeza. Bagaimanapun dengan semangat muhibbah dan setiakawan, alatan muzik tradisional seperti Sitar, Yanqin dan Sape yang digabungkan ini akhirnya mampu memainkan apa jenis lagu. Saya sengaja menyatakan hal ini kerana ingin memberitahu bahawa sebenarnya sekiranya kita bersatu padu dan membuang prasangka dan melihat kepada kebaikan sesama kita, berbagai kemajuan dan keunikan kita boleh peroleh. Untuk pengetahuan juga, kami memang rapat dan menghormati antara satu sama lain walaupun mempunyai latarbelakang kaum dan agama yang berbeza. Hanya melalui muzik kami semua bersatu hati mencari persamaan.

Berikut beberapa gambar yang telah dirakamkan oleh pembantu saya Fatin.




Jamilah dan Haqim menghiburkan tetamu yang hadir


Alat muzik tradisional Cina (Yanqin)


Alat muzik tradisional India (Sitar)


Bergambar bersama staf kumpulan SIRIM selepas acara.



Kumpulan kesenian Anjung Tradisi ditubuhkan pada tahun 1999 dengan 8 orang ahli sepenuh masa. Sejak itu kerap mengadakan persembahan kesenian muzik dan tarian di sekitar Lembah Kelang bagi memeriahkan majlis perkahwinan, Acara rasmi, makan malam, majlis berbuka puasa, Rumah Terbuka Hari raya dan persembahan di restoran dan hotel terkemuka untuk jabatan kerajaan, syarikat multinasional dan berbagai acara yang dianjurkan oleh organisasi tempatan dan antarabangsa. Antara syarikat dan badan yang pernah menggunakan khidmat anjung tradisi ialah Sapura Kencana, Petronas Dagangan, Prudential, MHDC, MAMPU, Kementerian Kesihatan Malaysia, Lembaga Lebuh raya Malaysia dan banyak lagi.

Sila KLIK SINI untuk lihat Pakej Persembahan Tarian Kami.

Kini kumpulan ini terdiri daripada 10 ahli muzik tradisional dan moden tetap dan 15 ahli muzik jemputan (Ghazal, Gamelan, Caklempong, Keroncong, Band Kombo, Band Unplugged, Kompang, Percussion 1 Malaysia dan Band Multiracial 1Malaysia). Manakala untuk tarian pula terdiri daripada 2 Koreografer, 20 penari dewasa sepenuh masa dan 10 penari kanak-kanak. Ahli kumpulan ini berkeupayaan untuk membuat persembahan tradisional dan moden dalam berbagai genre dan repertoire persembahan tempatan dan antarabangsa. Ahli muzik dan penari Anjung Tradisi merupakan penggiat yang terlatih dan profesional serta majoritinya mempunyai kelulusan ijazah seni muzik dan tari daripada IPTA dan IPTS.


Sila KLIK SINI untuk lihat Senarai Pakej Live Band Kami.

Antara kejayaan terbesar ahli kumpulan Anjung Tradisi ini apabila pernah memenangi beberapa pingat emas di World Championship Of Performing Arts di Hollywood Los Angeles pada Julai 2008. Kini kumpulan ini sudah mula mengorak langkah menerima tempahan persembahan kesenian di luar Lembah Kelang pula seperti di Seremban, Melaka, Johor, Kuantan dan Ipoh.

Khidmat kumpulan kesenian Anjung Tradisi ini boleh diperoleh dengan cara berikut.

Syaratul Ain

Pengurus
Kumpulan Kesenian Anjung Tradisi
Whatsapp : 0132674462
E-mel : AnjungTradisi@gmail.com
Blog : www.anjungtradisi.blogspot.com
Facebook : www.facebook.com/anjungtradisi
Twitter : www.twitter.com/anjungtradisi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERSEMBAHAN MUZIK GHAZAL DAN ASLI SEMASA MAJLIS BERBUKA PUASA MENTERI BESAR SELANGOR YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI AMIRUDIN BIN SHARI

 Pada 17, 20, 22, 25 Mac dan 1 April 2024, Menteri Besar Selangor telah mengadakan majlis berbuka puasa yang turut dihadiri oleh berbagai la...