SEMOGA TAHUN 2015 INI MEMBERI KEJAYAAN KEPADA KUMPULAN KESENIAN KAMI

Alhamdulillah setakat ini agak banyak juga permintaan sebut harga untuk persembahan perkahwinan dan acara acara utama di sekitar Lembah Kelang kepada kami. Setakat ini yang telah memberi pengesahan adalah dari Angkatan Tentera Malaysia yang meminta kumpulan Ghazal Anjung Tradisi untuk adakan persembahan untuk satu Majlis perkahwinan yang akan dihadiri oleh DYMM Yang Dipertuan Agong pada 27 Febuari 2015.

Yang menjadi kegembiraan kepada kami juga adalah jemputan dari TV3 untuk kami mengadakan persembahan di rancangan Jom Singgah pada 4 Febuari 2015. Saya akan cuba buat rakaman video semasa persembahan ini nanti dan uploadkan ke laman blog ini insyaallah.


Saya juga sedang melakukan persediaan untuk menerima tempahan persembahan kumpulan Ghazal, Kumpulan Muzik 1Malaysia, Kumpulan Muzik Unplugged, Gamelan dan Tarian daripada restoran, syarikat tempatan dan antarabangsa untuk majlis berbuka puasa dan Majlis Jamuan Hari Raya tahun 2015 ini nanti. Insyaallah seperti tahun tahun sebelum ini, saya akan cuba sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik bagi kepuasan pelanggan kumpulan kesenian kami. Terima kasih kerana memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi.

Kumpulan Kesenian Anjung Tradisi pada 1999 bermula dengan 8 orang ahli. Kumpulan Kesenian Anjung Tradisi kerap mengadakan persembahan muzik dan tarian tradisional di peringkat kebangsaan dan antarabangsa untuk Konvensyen, Persidangan, Persembahan dan Muzik untuk Majlis Perkahwinan Eksklusif, Rumah terbuka Hari Raya, Majlis Berbuka Puasa serta menjadi penghibur tetap untuk banyak syarikat utama seperti Sapura Kencana dan Petronas. Antara kejayaan ahli kumpulan Anjung Tradisi ini apabila pernah memenangi beberapa pingat emas di World Championship Of Performing Arts di Hollywood Los Angeles pada Julai 2008.

Sekiranya ada yang berminat untuk menggunakan khidmat kumpulan kami sama ada Kumpulan Ghazal, Kumpulan muzik Multiracial 1Malaysia, Kumpulan muzik unplugged, Gamelan, Kumpulan Tarian, Kumpulan Tarian kanak-kanak yang boleh menari berbagai tarian tradisional dan antarabangsa seperti zapin joget dan hindustan, boleh menghubungi saya seperti maklumat di bawah.

KLIK DISINI UNTUK TEMPAH KAMI SEKARANG!!!

Terima Kasih kerana memberi sokongan.

Bahizal Abu Bakar
Pengurus Anjung Tradisi
0132674462
emel: AnjungTradisi@gmail.com
youtube channel: www.youtube.com/user/AnnjungTradisi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Persembahan Live Band Jazz Instrumental bersempena majlis pertunangan di Dobletree Hilton KL pada 8 Mei 2022

SUBSCRIBE VIDEO YOUTUBE CHANNEL KAMI Whatsapp Kami: Klik  0132674462  Sekiranya ...