PAKEJ WEDDING LIVE BAND DAN TARIAN PERKAHWINAN


Penari Tarian Zapin bersama live band

Buat wedding planner atau bakal pengantin yang merancang Majlis Perkahwinan besar-besaran secara eksklusif. Saya ingin mencadangkan dan menawarkan pakej persembahan kesenian dan kebudayaan secara menyeluruh yang terdiri daripada Muzik dan tarian dari majlis angkat nikah di rumah sehinggalah di hari Majlis Resepsi Perkahwinan. Yang mana harga yang saya tawarkan akan disertakan diskaun secara pakej.


PAKEJ MAJLIS ANGKAT NIKAH

  1. Kumpulan Kompang
  2. Kumpulan Ghazal
  3. Penyanyi tradisional
  4. Sound system

PAKEJ MAJLIS RESEPSI PERKAHWINAN

  1. Kompang - semasa sambutan pengantin
  2. Gamelan - di Lobi semasa tetamu mula sampai
  3. Pengiring pengantin berkostum tradisional - mengiringi ketibaan pengantin
  4. Silat pengantin semasa pengantin sampai dipelamin
  5. Live band unplugged / moden - semasa majlis makan malam
  6. Tarian tradisional dan live band serta penyanyi - Showcase persembahan
  7. Sound system

***Harga Pakej Termasuk satu sesi Preview live band dan tarian

***Boleh lihat contoh klik disini untuk melihat video persembahan kami terdahulu wedding live band dan tarian secara pakej atau klik disini


Kumpulan Gamelan di lobi hotel


Pasukan Kompang menanti pengantin


Wedding live Band

Harga yang saya tawarkan di atas adalah harga pakej jika menggunakan khidmat kami secara keseluruhan atau dengan jumlah banyak. Saya bersedia berbincang lanjut berkenaan harga. asalkan sesuai dengan kos yang kami tanggung dan bayaran kepada yang terlibat.  Anda juga boleh menggunakan khidmat kumpulan kami secara berasingan sahaja sama ada wedding live band unplugged, kumpulan ghazal , gamelan dan penari zapin dengan harga biasa.

Sila KLIK SINI Untuk melihat penerangan ringkas Pakej Persembahan Live Band dan Kebudayaan yang kami tawarkan.

Kumpulan kesenian Anjung Tradisi ditubuhkan pada tahun 1999 dengan 8 orang ahli sepenuh masa. Sejak itu kerap mengadakan persembahan kesenian muzik dan tarian di sekitar Lembah Kelang bagi memeriahkan majlis perkahwinan, Acara rasmi, makan malam, majlis berbuka puasa, Rumah Terbuka Hari raya dan persembahan di restoran dan hotel terkemuka untuk jabatan kerajaan, syarikat multinasional dan berbagai acara yang dianjurkan oleh organisasi tempatan dan antarabangsa. Antara syarikat dan badan yang pernah menggunakan khidmat anjung tradisi ialah Sapura Kencana, Petronas Dagangan, Prudential, MHDC, MAMPU, Kementerian Kesihatan Malaysia, Lembaga Lebuh raya Malaysia dan banyak lagi.

Sila KLIK SINI untuk lihat Pakej Persembahan Tarian Kami.

Kini kumpulan ini terdiri daripada 10 ahli muzik tradisional dan moden tetap dan 15 ahli muzik jemputan (Ghazal, Gamelan, Caklempong, Keroncong, Band Kombo, Band Unplugged, Kompang, Percussion 1 Malaysia dan Band Multiracial 1Malaysia). Manakala untuk tarian pula terdiri daripada 2 Koreografer, 20 penari dewasa sepenuh masa dan 10 penari kanak-kanak. Ahli kumpulan ini berkeupayaan untuk membuat persembahan tradisional dan moden dalam berbagai genre dan repertoire persembahan tempatan dan antarabangsa. Ahli muzik dan penari Anjung Tradisi merupakan penggiat yang terlatih dan profesional serta majoritinya mempunyai kelulusan ijazah seni muzik dan tari daripada IPTA dan IPTS.


Sila KLIK SINI untuk lihat Senarai Pakej Live Band Kami.

Antara kejayaan terbesar ahli kumpulan Anjung Tradisi ini apabila pernah memenangi beberapa pingat emas di World Championship Of Performing Arts di Hollywood Los Angeles pada Julai 2008. Kini kumpulan ini sudah mula mengorak langkah menerima tempahan persembahan kesenian di luar Lembah Kelang pula seperti di Seremban, Melaka, Johor, Kuantan dan Ipoh.

Khidmat kumpulan kesenian Anjung Tradisi ini boleh diperoleh dengan cara berikut.

Syaratul Ain

Pengurus
Kumpulan Kesenian Anjung Tradisi
Whatsapp : 0132674462
E-mel : AnjungTradisi@gmail.com
Blog : www.anjungtradisi.blogspot.com
Facebook : www.facebook.com/anjungtradisi
Twitter : www.twitter.com/anjungtradisi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Persembahan Ghazal semasa majlis hari raya Koperasi Tentera pada 19 Mei 2022 bertempat di Grand Hyatt Kuala Lumpur

SUBSCRIBE VIDEO YOUTUBE CHANNEL KAMI Whatsapp Kami: Klik  0132674462  Sekiranya ada yang berminat untuk menggunakan khidmat kumpulan kami un...