Berita mengenai aktiviti Anjung Tradisi melalui Laman Sosial.

Setelah melihat ramai rakan-rakan menggunakan berbagai jenis media sosial ketika ini. Saya juga turut terpanggil untuk mendaftar dengan media sosial ini tambahan daripada yang sedia ada seperti facebook dan twitter.

Oleh itu saya nak maklumkan sekarang ini Anjung Tradisi dah wujud dengan Intagram, Tumblr, Flickr, Linkedn, Foursquare, Tagged dan Stumbleupon. Rupanya memang macam-macam jenis ada laman sosial ini. Takperlah rakan-rakan saya pun ada yang menggunakan semuanya.

Di samping itu saya juga mendaftar dengan akaun chatting seperti skype, telegram, BBM, Line, kakaotalk, wechat, hangout disamping fab chat dan whatsapp sedia ada.  Bukannya apa, mudahlah untuk menghubungi saya jika memerlukan perkhidmatan kumpulan Anjung Tradisi.

#throwback Aktiviti Kumpulan kesenian Anjung Tradisi dalam muzik Ghazal, Muzik Multiracial 1Malaysia, Tarian Zapin, Tarian Kanak-kanak, Gamelan dan Pasukan Kompang dalam acara dan majlis perkahwinan, makan malam, Persembahan kesenian Majlis Terbuka Hari Raya, Berbuka Puasa, Majlis Rasmi dan Pelancaran












Kumpulan Kesenian Anjung Tradisi pada 1999 bermula dengan 8 orang ahli. Kumpulan Kesenian Anjung Tradisi kerap mengadakan persembahan muzik dan tarian tradisional di peringkat kebangsaan dan antarabangsa untuk Konvensyen, Persidangan, Persembahan dan Muzik untuk Majlis Perkahwinan Eksklusif, Rumah terbuka Hari Raya, Majlis Berbuka Puasa serta menjadi penghibur tetap untuk banyak syarikat utama seperti Sapura Kencana dan Petronas. Antara kejayaan ahli kumpulan Anjung Tradisi ini apabila pernah memenangi beberapa pingat emas di World Championship Of Performing Arts di Hollywood Los Angeles pada Julai 2008.

Sekiranya ada yang berminat untuk menggunakan khidmat kumpulan kami sama ada Kumpulan Ghazal, Kumpulan muzik Multiracial 1Malaysia, Kumpulan muzik unplugged, Gamelan, Kumpulan Tarian, Kumpulan Tarian kanak-kanak yang boleh menari berbagai tarian tradisional dan antarabangsa seperti zapin joget dan hindustan, boleh menghubungi saya seperti maklumat di bawah.

KLIK DISINI UNTUK TEMPAH KAMI SEKARANG!!!

Terima Kasih kerana memberi sokongan.

Bahizal Abu Bakar
Pengurus Anjung Tradisi
0132674462
emel: AnjungTradisi@gmail.com
youtube channel: www.youtube.com/user/AnnjungTradisi

facebook: www.facebook.com/anjungtradisi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Persembahan Live Band Jazz Instrumental bersempena majlis pertunangan di Dobletree Hilton KL pada 8 Mei 2022

SUBSCRIBE VIDEO YOUTUBE CHANNEL KAMI Whatsapp Kami: Klik  0132674462  Sekiranya ...