PERSEMBAHAN TARIAN DALAM PROGRAM JOM SINGGAH TV3



Rakaman di belakang Pentas

Rakaman Melalui TV

Rakaman melalui TV (sambungan)


Rakaman di dalam set produksi jom Singgah TV3

Dua hari lepas saya menerima panggilan daripada puan Raudhah dari TV3 memaklumkan bahawa kumpulan Anjung Tradisi dipilih untuk membuat persembahan selingan semas aprogram Jom Singgah di TV3. Katanya pasukan rancangan Jom Singgah tertarik dengan persembahan kumpulan Anjung Tradisi di Youtube lantas membuat keputusan untuk menjemput mengadakan persembahan kebudayaan. Saya terus menerima pelawaan tersebut. Pada mulanya puan Raudhah inginkan sebuah persembahan Ghazal. Tetapi setelah melihat jadual, kumpulan Ghazal ada sesi pratonton pada tarikh yang sama di Bilik Kombo RAMD Kem Sungai Besi. Oleh itu saya mencadangkan supaya diganti dengan sebuah persembahan tarian. Puan Raudhah meminta kami bersedia dengan 2 persembahan yang rancak selama dua minit setiap satu. Setelah berbincang kami bersetuju untuk membuat persembahan tarian Zapin Ya Salam dan Zapin Bunga Hutan.


Pada 4 Febuari saya tiba agak lewat iaitu 10 minit sebelum persembahan bermula. Setelah agak tergesa gesa dari Kem sungai Besi mengadakan sesi pratonton persembahan Ghazal khas untuk DYMM Yg Dipertuan Agong. Setibanya di set seperti biasa saya terus berjumpa dengan pembantu saya iaitu kak jah dan Fatin serta terus berjumpa dengan Puan Raudhah yang saya hubungi sebelum ini. Saya juga sempat mengambil no telefon pengacara rancangan iaitu Ifa Radziah.











Sempat Juga Ifa Radziah menari bersama kumpulan kami.... hehehe



Alhamdulillah, persembahan dapat dilakukan dengan sempurna dan pihak produksi sempat juga meletakkan no telefon dan alamat facebook kumpulan Anjung Tradisi bagi tujuan promosi. Terima Kasih Penerbit Jom Singgah TV3 kerana menjemput kami.


Sila KLIK SINI Untuk melihat penerangan ringkas Pakej Persembahan Live Band dan Kebudayaan yang kami tawarkan.

Kumpulan kesenian Anjung Tradisi ditubuhkan pada tahun 1999 dengan 8 orang ahli sepenuh masa. Sejak itu kerap mengadakan persembahan kesenian muzik dan tarian di sekitar Lembah Kelang bagi memeriahkan majlis perkahwinan, Acara rasmi, makan malam, majlis berbuka puasa, Rumah Terbuka Hari raya dan persembahan di restoran dan hotel terkemuka untuk jabatan kerajaan, syarikat multinasional dan berbagai acara yang dianjurkan oleh organisasi tempatan dan antarabangsa. Antara syarikat dan badan yang pernah menggunakan khidmat anjung tradisi ialah Sapura Kencana, Petronas Dagangan, Prudential, MHDC, MAMPU, Kementerian Kesihatan Malaysia, Lembaga Lebuh raya Malaysia dan banyak lagi.

Sila KLIK SINI untuk lihat Pakej Persembahan Tarian Kami.

Kini kumpulan ini terdiri daripada 10 ahli muzik tradisional dan moden tetap dan 15 ahli muzik jemputan (Ghazal, Gamelan, Caklempong, Keroncong, Band Kombo, Band Unplugged, Kompang, Percussion 1 Malaysia dan Band Multiracial 1Malaysia). Manakala untuk tarian pula terdiri daripada 2 Koreografer, 20 penari dewasa sepenuh masa dan 10 penari kanak-kanak. Ahli kumpulan ini berkeupayaan untuk membuat persembahan tradisional dan moden dalam berbagai genre dan repertoire persembahan tempatan dan antarabangsa. Ahli muzik dan penari Anjung Tradisi merupakan penggiat yang terlatih dan profesional serta majoritinya mempunyai kelulusan ijazah seni muzik dan tari daripada IPTA dan IPTS.


Sila KLIK SINI untuk lihat Senarai Pakej Live Band Kami.

Antara kejayaan terbesar ahli kumpulan Anjung Tradisi ini apabila pernah memenangi beberapa pingat emas di World Championship Of Performing Arts di Hollywood Los Angeles pada Julai 2008. Kini kumpulan ini sudah mula mengorak langkah menerima tempahan persembahan kesenian di luar Lembah Kelang pula seperti di Seremban, Melaka, Johor, Kuantan dan Ipoh.

Khidmat kumpulan kesenian Anjung Tradisi ini boleh diperoleh dengan cara berikut.

Bahizal Abu Bakar

Pengurus
Kumpulan Kesenian Anjung Tradisi
Whatsapp : 0132674462
E-mel : AnjungTradisi@gmail.com
Blog : www.anjungtradisi.blogspot.com
Facebook : www.facebook.com/anjungtradisi
Twitter : www.twitter.com/anjungtradisi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANJUNG TRADISI INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2024!!!!

 Kumpulan kesenian anjung tradisi, (Ghazal, Tarian dewasa, Tarian kanak kanak, Gamelan, Multicultural band, Live Band) ingin mengucapkan sel...