Persembahan Live Band Multicultural 1Malaysia Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Sapura Kenchana 2014

Semalam dan hari ini (12-13 Ogos 2014) kami telah dijemput oleh Sapura Kencana untuk mengadakan persembahan di Jamuan Rumah Terbuka Hari Raya yang mereka anjurkan. Fuh... meriah sungguh. Seperti tahun lepas juga kami membuat persembahan lagu lagu variasi dari lagu hari raya dan juga lagu lagu antarabangsa. Dari lagu Melayu English Jepun Mandarin Hindustan Arab dan sudah tentu lagu tradisional Melayu asli dan ghazal. 




Penyanyi kami yang digelar roger dan Jamilah memang merupakan antara penyanyi muda yang sudah mula dikenali oleh peminat muzik tradisional terutamanya lagu tradisional asli dan juga keroncong. Kelebihan roger adalah beliau boleh menyanyi sambil bermain alat muzik gambus. Beliau mewakili orang muda manakala seorang lagi yang veteran iaitu abang Norehan Saif juga adalah seorang penyanyi asli serta pemain alat muzik gambus yang sangat disegani di sekitar Kuala Lumpur ini. Tetapi kali ini  abang Norehan terlibat di persembahan ghazal di Lembaga Lebuhraya Malaysia pula.




Kami diminta membuat persembahan selama 4 jam iaitu dari jam 4petang hingga 8 malam. bermain sebanyak 4 set setiap satunya 30 minit.

Agak terharu apabila melihat sekumpulan anak-anak yatim juga dijemput di dalam majlis ini. Terima Kasih Sapura Kenchana kerana sentiasa tidak lupa kepada golongan yang memerlukan.


Sapura Kencana merupakan salah satu syarikat yang pernah mengundang kami membuat persembahan. Tahun lepas juga Sapura Kencana menjemput kami mengadakan persembahan band 1Malaysia ini. Mungkin kerana sudah tertarik dengan keunikan kumpulan 1Malaysia kami yang terdiri daripada alatan muzik tradisional berbilang kaum Malaysia, mereka menjemput kami sekali lagi. Tetapi pada tahun ini kami diminta untuk mengadakan persembahan dalam 2hari iaitu pada 12 - 13 Ogos 2014. Untuk jamuan kakitangan dan juga jemputan kepada pelanggan Sapura Kencana.





Bagaimanapun makanan yang disediakan memang sedap. Setiap kali kami berehat. Dapatlah berpeluang merasa makanan di Mandarin Oriental ini. selepas 2 hari memang bertambahlah berat kami nanti.. hehehe..





Bagaimana pun terima kasih Sapura Kenchana kerana menjemput kami untuk mengadakan persembahan sekali lagi pada tahun ini. Terima Kasih daun keladi.. kalau boleh tiap tiap tahun jemputlah kami.




Nak masukkan video dalam youtube channel kami tapi belum siap edit. Mungkin minggu depan saya upload persembahan kami.


Sila KLIK SINI Untuk melihat penerangan ringkas Pakej Persembahan Live Band dan Kebudayaan yang kami tawarkan.

Kumpulan kesenian Anjung Tradisi ditubuhkan pada tahun 1999 dengan 8 orang ahli sepenuh masa. Sejak itu kerap mengadakan persembahan kesenian muzik dan tarian di sekitar Lembah Kelang bagi memeriahkan majlis perkahwinan, Acara rasmi, makan malam, majlis berbuka puasa, Rumah Terbuka Hari raya dan persembahan di restoran dan hotel terkemuka untuk jabatan kerajaan, syarikat multinasional dan berbagai acara yang dianjurkan oleh organisasi tempatan dan antarabangsa. Antara syarikat dan badan yang pernah menggunakan khidmat anjung tradisi ialah Sapura Kencana, Petronas Dagangan, Prudential, MHDC, MAMPU, Kementerian Kesihatan Malaysia, Lembaga Lebuh raya Malaysia dan banyak lagi.

Sila KLIK SINI untuk lihat Pakej Persembahan Tarian Kami.

Kini kumpulan ini terdiri daripada 10 ahli muzik tradisional dan moden tetap dan 15 ahli muzik jemputan (Ghazal, Gamelan, Caklempong, Keroncong, Band Kombo, Band Unplugged, Kompang, Percussion 1 Malaysia dan Band Multiracial 1Malaysia). Manakala untuk tarian pula terdiri daripada 2 Koreografer, 20 penari dewasa sepenuh masa dan 10 penari kanak-kanak. Ahli kumpulan ini berkeupayaan untuk membuat persembahan tradisional dan moden dalam berbagai genre dan repertoire persembahan tempatan dan antarabangsa. Ahli muzik dan penari Anjung Tradisi merupakan penggiat yang terlatih dan profesional serta majoritinya mempunyai kelulusan ijazah seni muzik dan tari daripada IPTA dan IPTS.


Sila KLIK SINI untuk lihat Senarai Pakej Live Band Kami.

Antara kejayaan terbesar ahli kumpulan Anjung Tradisi ini apabila pernah memenangi beberapa pingat emas di World Championship Of Performing Arts di Hollywood Los Angeles pada Julai 2008. Kini kumpulan ini sudah mula mengorak langkah menerima tempahan persembahan kesenian di luar Lembah Kelang pula seperti di Seremban, Melaka, Johor, Kuantan dan Ipoh.

Khidmat kumpulan kesenian Anjung Tradisi ini boleh diperoleh dengan cara berikut.

Bahizal Abu Bakar

Pengurus
Kumpulan Kesenian Anjung Tradisi
Whatsapp : 0132674462
E-mel : AnjungTradisi@gmail.com
Blog : www.anjungtradisi.blogspot.com
Facebook : www.facebook.com/anjungtradisi
Twitter : www.twitter.com/anjungtradisi
Youtube : www.youtube.com/user/AnnjungTradisiTradisi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANJUNG TRADISI INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2024!!!!

 Kumpulan kesenian anjung tradisi, (Ghazal, Tarian dewasa, Tarian kanak kanak, Gamelan, Multicultural band, Live Band) ingin mengucapkan sel...