PERSEMBAHAN MUZIK LIVE BAND GHAZAL DI RUMAH TERBUKA HARI RAYA 2014



Sebelum tibanya hari raya, beberapa syarikat telah memberikan pengesahan kepada kumpulan kami untuk megadakan persembahan kesenian di Majlis Rumah Terbuka yang mereka anjurkan. Pada waktu itu tragedi MH17 pula sedang hangat dikatakan. Setelah hari raya berlalu, nampaknya demi menghormati tragedi yang telah berlaku terutama kepada ahli keluarga MH17, beberapa syarikat yang sebelum ini telah memberi pengesahan (4 semuanya) telah membatalkan khidmat kami kerana acara yang dianjurkan telah ditukar kepada Majlis Tahlil. Justeru kami menghormati keputusan syarikat ini.

Bagaimanapun ada juga syarikat yang tetap meneruskan majlis jamuan hari raya. Terutama syarikat yang mempunyai banyak pelanggan dari seluruh dunia. Alhamdulillah rezeki kami masih ada. Terima Kasih kepada semua syarikat dan jabatan kerajaan yang mempercayai kebolehan kami. Dengan kebolehan yang ada kami akan cuba membantu memeriahkan acara yang dianjurkan dengan cara yang paling sesuai terutama mengenangkan tragedi MH17 yang mana semua rakyat Malaysia masih bersedih. kami akan menghadkan persembahan hanya dengan cara yang sangat santai cukup sekadar menjadi halwa telinga serta dengan lagu-lagu yang lembut perasaannya.

Esok 11hb Ogos kami akan mengadakan persembahan di Daya Bumi seterusnya 12,13, 17 dan 19hb ogos yang mana Kumpulan Muzik Multiracial 1Malaysia dan ghazal akan membantu mempersembahkan muzik halwa telinga yang merdu untuk para tetamu. Selain daripada tarikh tersebut kumpulan Kesenian Anjung Tradisi belum menerima pengesahan dari mana-mana Organisasi walaupun boleh dikatakan banyak sebutharga telah dihantar pada setiap tarikh dalam bulan Syawal. Oleh itu kami masih boleh menerima tempahan dari mana-mana syarikat atau badan kerajaan. Siapa cepat memberikan komitmen kepada kami. kami akan utamakan persembahan itu dulu.


Sekiranya ada yang berminat untuk menggunakan khidmat kumpulan kami sama ada Kumpulan Ghazal, Kumpulan muzik Multiracial 1Malaysia, Kumpulan muzik unplugged, Gamelan, Kumpulan Tarian, Kumpulan Tarian kanak-kanak yang boleh menari berbagai tarian tradisional dan antarabangsa seperti zapin joget dan hindustan, boleh menghubungi saya seperti maklumat di bawah.

Boleh juga melawat laman youtube channel kami untuk melihat rakaman persembahan kami sebelum ini.

Sila KLIK SINI Untuk melihat penerangan ringkas Pakej Persembahan Live Band dan Kebudayaan yang kami tawarkan.

Kumpulan kesenian Anjung Tradisi ditubuhkan pada tahun 1999 dengan 8 orang ahli sepenuh masa. Sejak itu kerap mengadakan persembahan kesenian muzik dan tarian di sekitar Lembah Kelang bagi memeriahkan majlis perkahwinan, Acara rasmi, makan malam, majlis berbuka puasa, Rumah Terbuka Hari raya dan persembahan di restoran dan hotel terkemuka untuk jabatan kerajaan, syarikat multinasional dan berbagai acara yang dianjurkan oleh organisasi tempatan dan antarabangsa. Antara syarikat dan badan yang pernah menggunakan khidmat anjung tradisi ialah Sapura Kencana, Petronas Dagangan, Prudential, MHDC, MAMPU, Kementerian Kesihatan Malaysia, Lembaga Lebuh raya Malaysia dan banyak lagi.

Sila KLIK SINI untuk lihat Pakej Persembahan Tarian Kami.

Kini kumpulan ini terdiri daripada 10 ahli muzik tradisional dan moden tetap dan 15 ahli muzik jemputan (Ghazal, Gamelan, Caklempong, Keroncong, Band Kombo, Band Unplugged, Kompang, Percussion 1 Malaysia dan Band Multiracial 1Malaysia). Manakala untuk tarian pula terdiri daripada 2 Koreografer, 20 penari dewasa sepenuh masa dan 10 penari kanak-kanak. Ahli kumpulan ini berkeupayaan untuk membuat persembahan tradisional dan moden dalam berbagai genre dan repertoire persembahan tempatan dan antarabangsa. Ahli muzik dan penari Anjung Tradisi merupakan penggiat yang terlatih dan profesional serta majoritinya mempunyai kelulusan ijazah seni muzik dan tari daripada IPTA dan IPTS.


Sila KLIK SINI untuk lihat Senarai Pakej Live Band Kami.

Antara kejayaan terbesar ahli kumpulan Anjung Tradisi ini apabila pernah memenangi beberapa pingat emas di World Championship Of Performing Arts di Hollywood Los Angeles pada Julai 2008. Kini kumpulan ini sudah mula mengorak langkah menerima tempahan persembahan kesenian di luar Lembah Kelang pula seperti di Seremban, Melaka, Johor, Kuantan dan Ipoh.

Khidmat kumpulan kesenian Anjung Tradisi ini boleh diperoleh dengan cara berikut.

Bahizal Abu Bakar

Pengurus
Kumpulan Kesenian Anjung Tradisi
Whatsapp : 0132674462
E-mel : AnjungTradisi@gmail.com
Blog : www.anjungtradisi.blogspot.com
Facebook : www.facebook.com/anjungtradisi
Twitter : www.twitter.com/anjungtradisi
Youtube : www.youtube.com/user/AnnjungTradisiTradisi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERSEMBAHAN MUZIK GHAZAL DAN ASLI SEMASA MAJLIS BERBUKA PUASA MENTERI BESAR SELANGOR YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI AMIRUDIN BIN SHARI

 Pada 17, 20, 22, 25 Mac dan 1 April 2024, Menteri Besar Selangor telah mengadakan majlis berbuka puasa yang turut dihadiri oleh berbagai la...