PERSEMBAHAN LIVE BAND GHAZAL di 3rd ASEAN CIO FORUM 2014

Pada 18 Ogos 2014 yang lalu, bertempat di Hotel Sama-Sama KLIA  kumpulan Ghazal Anjung Tradisi telah dijemput untuk menyerikan majlis makan malam delegasi dari negara Asean yang terlibat dalam 3rd ASEAN CIO FORUM 2014 yang dianjurkan oleh MAMPU.

Bergambar bersama kakitangan Mampu

Saya dihubungi oleh Mrs Suan dan Puan Amelia dari MAMPU bagi persembahan ini. Yang mana sejak awal lagi sememangnya Mrs Suan dan Puan Amelia amat teliti menguruskan acara penting ini. Terutamanya kerana yang hadir pada makan malam ini adalah individu penting dalam telekomunikasi di ASEAN.

Pada mulanya pihak hotel memaklumkan bahawa bahagian teknikal hotel tidak mempunyai sistem teknikal yang khusus untuk kumpulan muzik.Hanya mempunyai alatan yang sesuai untuk ucapan. Selepas saya berbincang dengan kakitangan yang berkenaan. Masalah tersebut selesai setelah saya mengetahui bahawa sistem ringkas yang mereka ada dengan jumlah mikrofon mereka sedia ada sudah memadai untuk persembahan muzik kami. Kepada yang tidak biasa dengan persembahan muzik mungkin tidak memahami bahawa sistem teknikal audio sangat penting dan sangat diperlukan dalam mana-mana persembahan muzik. Walaupun di tempat yang kecil. Mungkin ada yang sangka bahawa sistem teknikal audio ini untuk menguatkan bunyi sahaja. Sebenarnya tidak. Sistem bunyi ini diperlukan untuk menyedapkan bunyi atau menyeimbangkan bunyi berbagai alat muzik. Pada waktu yang sama sekiranya diperlukan boleh menguatkan bunyi juga. Jika persembahan dilakukan dikawasan kecil. Juru Audio yang mengawal "mixer" perlu menurunkan master volume ke tahap yang bersesuaian. Pemuzik  akan bermain muzik seperti biasa.

Setibanya kami di hotel saya terus menghubungi Puan Amelia untuk urusan lanjut. Yang mana bolehlah saya katakan kakitangan MAMPU sangat profesional dan cekap menguruskan masa. Setiap acara yang bakal berlangsung telah dijelaskan secara terperinci. Kemudian setelah semua pemuzik tiba. Kami terus membuat persediaan di atas pentas bagi sesi "Sound Check". Kumpulan kami memang menitik beratkan sesi "sound check" pada setiap persembahan yang kami lakukan supaya penonton yang mendengar muzik kami dapat menikmati muzik yang berkualiti tinggi. Banyak kali juga sebelum ini kami melihat kumpulan lain yang tidak mengambil berat akan hal ini berakhir dengan persembahan yang tidak baik. Walaupun kami sebagai pemuzik memang tahu kumpulan tersebut adalah antara yang terbaik tetapi oleh kerana sistem teknikal yang digunakan tidak mencukupi,  persembahan mereka menjadi cacat dan tidak menarik. Melalui pengalaman ini kami sangat pentingkan adanya sistem teknikal dan sesi sound check.

Bantu pemuzik buat "sound check"

Setelah sesi persediaan selesai yang mana semasa kami bermain 2-3 lagu untuk sesi sound check. Agak ramai juga kakitangan dan ketua dari MAMPU yang datang melihat persembahan kami. Boleh saya lihat yang mereka agak teruja dengan persembahan Ghazal kami. Ada juga yang mengakui belum pernah mendengar  secara langsung persembahan muzik Ghazal.



Kali ini giliran abang Norehan Saif yang menyanyikan lagu Ghazal bersama kami. Ada seorang lagi iaitu roger, tetapi kali ini beliau tak dapat bersama.Namun kedua-duanya memang sama hebat. Selesai sesi sound check Puan Amelia menjemput kami bersama-sama menikmati hidangan Hi Tea bersama kakitangan MAMPU. Terima kasih banyak banyak kerana sudi menjemput kami makan bersama. Saya juga dimaklumkan oleh puan Amelia bahawa makan malam juga disediakan di Coffee House Hotel sama-sama. dah lupa pula nama coffee House ni.



Bila tiba masanya, kami pun makan di tempat disediakan. memang sedap buffet di sini. Saya, pemuzik dan pembantu saya iaitu Nursyuhada bagai tak mahu berhenti makan disini. memang sedap. Terima Kasih pihak MAMPU kerana bermurah hati bawa makan disini ya. Jasa puan Amelia dan Puan suan tak akan kami lupa.


Bila tiba masanya kami pun terus mempersembahkan lagu-lagu tradisional seperti yang diminta oleh pihak MAMPU. Oleh kerana delegasi adalah dari negara ASEAN. Kami telah merancang untuk mempersembahkan juga lagu-lagu dari negara ASEAN. Dalam salah satu persembahan. Kami memainkan lagu Thailand dan wakil dari negara Thailand di meja VIP bangun dan turut menari bersama. Nampaknya taktik kami menjadi untuk hiburkan mereka.

Sepanjang persembahan berlangsung. Saya boleh lihat yang kakitangan MAMPU amat gembira dan berpuas hati dengan persembahan muzik Live Band ghazal yang kami lakukan. Bukan sahaja lagu-lagu tradisional Malaysia yang kami boleh mainkan tetapi lagu-lagu antarabangsa, english juga boleh kami mainkan dalam bentuk muzik Ghazal.


Selesai persembahan memang benar semuanya berpuas hati dengan persembahan Live Band Ghazal kami dari jam 8.00 malam hingga ke 10.30 malam. Setelah bayaran penuh dilakukan. Kami pun berkemas dan pulangke rumah masing-masing. Terima Kasih sekali lagu Puan Amelia dan Mrs Suan kerana menjemput kami. Budi baik puan berdua sangat kami hargai.

Berikut adalah antara rakaman video persembahan kami semasa acara berlangsung,





Sila KLIK SINI Untuk melihat penerangan ringkas Pakej Persembahan Live Band dan Kebudayaan yang kami tawarkan.

Kumpulan kesenian Anjung Tradisi ditubuhkan pada tahun 1999 dengan 8 orang ahli sepenuh masa. Sejak itu kerap mengadakan persembahan kesenian muzik dan tarian di sekitar Lembah Kelang bagi memeriahkan majlis perkahwinan, Acara rasmi, makan malam, majlis berbuka puasa, Rumah Terbuka Hari raya dan persembahan di restoran dan hotel terkemuka untuk jabatan kerajaan, syarikat multinasional dan berbagai acara yang dianjurkan oleh organisasi tempatan dan antarabangsa. Antara syarikat dan badan yang pernah menggunakan khidmat anjung tradisi ialah Sapura Kencana, Petronas Dagangan, Prudential, MHDC, MAMPU, Kementerian Kesihatan Malaysia, Lembaga Lebuh raya Malaysia dan banyak lagi.

Sila KLIK SINI untuk lihat Pakej Persembahan Tarian Kami.

Kini kumpulan ini terdiri daripada 10 ahli muzik tradisional dan moden tetap dan 15 ahli muzik jemputan (Ghazal, Gamelan, Caklempong, Keroncong, Band Kombo, Band Unplugged, Kompang, Percussion 1 Malaysia dan Band Multiracial 1Malaysia). Manakala untuk tarian pula terdiri daripada 2 Koreografer, 20 penari dewasa sepenuh masa dan 10 penari kanak-kanak. Ahli kumpulan ini berkeupayaan untuk membuat persembahan tradisional dan moden dalam berbagai genre dan repertoire persembahan tempatan dan antarabangsa. Ahli muzik dan penari Anjung Tradisi merupakan penggiat yang terlatih dan profesional serta majoritinya mempunyai kelulusan ijazah seni muzik dan tari daripada IPTA dan IPTS.


Sila KLIK SINI untuk lihat Senarai Pakej Live Band Kami.

Antara kejayaan terbesar ahli kumpulan Anjung Tradisi ini apabila pernah memenangi beberapa pingat emas di World Championship Of Performing Arts di Hollywood Los Angeles pada Julai 2008. Kini kumpulan ini sudah mula mengorak langkah menerima tempahan persembahan kesenian di luar Lembah Kelang pula seperti di Seremban, Melaka, Johor, Kuantan dan Ipoh.

Khidmat kumpulan kesenian Anjung Tradisi ini boleh diperoleh dengan cara berikut.

Syaratul Ain

Pengurus
Kumpulan Kesenian Anjung Tradisi
Whatsapp : 0132674462
E-mel : AnjungTradisi@gmail.com
Blog : www.anjungtradisi.blogspot.com
Facebook : www.facebook.com/anjungtradisi
Twitter : www.twitter.com/anjungtradisi
Youtube : www.youtube.com/user/AnnjungTradisi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANJUNG TRADISI INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2024!!!!

 Kumpulan kesenian anjung tradisi, (Ghazal, Tarian dewasa, Tarian kanak kanak, Gamelan, Multicultural band, Live Band) ingin mengucapkan sel...