PERSEMBAHAN LIVE BAND GHAZAL DI JAMUAN TERBUKA HARI RAYA MARA JEPUN INSTITUT BERANANG PADA 30 JULAI 2015


Pada 30 julai yang lalu kumpulan Ghazal kami telah dijemput untuk memeriahkan suasana majlis di Institut Latihan MARA Jepun di Beranang. Alhamdulillah semuanya telah berjalan dengan lancar. Seperti biasa Jamilah akan menyanyi bersama kumpulan kami. Cuma kali ini gambarnya tak boleh nak diambil kerana kamera yang Fatin gunakan untuk merekod persembahan tiba tiba rosak. Jadi saya akan masukkan dalam blog gambar yang ada sahaja.

Menurut pegawai disini Institut ini khusus untuk pelajar cemerlang yang bakal melanjutkan pelajaran di Jepun. Semua tenaga pengajar disini didatangkan khas dari Jepun dan semua pelajar disini mahir berbahasa Jepun.. Arigato kerana menjemput kami.. hehehehe



Video akan menyusul.....

Kumpulan kesenian Anjung Tradisi ditubuhkan pada tahun 1999 dengan 8 orang ahli sepenuh masa. Sejak itu kerap mengadakan persembahan kesenian muzik dan tarian di sekitar Lembah Kelang bagi memeriahkan majlis perkahwinan, Acara rasmi, makan malam, majlis berbuka puasa, Rumah Terbuka Hari raya dan persembahan di restoran dan hotel terkemuka untuk jabatan kerajaan, syarikat multinasional dan berbagai acara yang dianjurkan oleh organisasi tempatan dan antarabangsa. Antara syarikat dan badan yang pernah menggunakan khidmat anjung tradisi ialah Sapura Kencana, Petronas Dagangan, Prudential, MHDC, MAMPU, Kementerian Kesihatan Malaysia, Lembaga Lebuh raya Malaysia dan banyak lagi.

Sila KLIK SINI untuk lihat Pakej Persembahan Tarian Kami.

Kini kumpulan ini terdiri daripada 10 ahli muzik tradisional dan moden tetap dan 15 ahli muzik jemputan (Ghazal, Gamelan, Caklempong, Keroncong, Band Kombo, Band Unplugged, Kompang, Percussion 1 Malaysia dan Band Multiracial 1Malaysia). Manakala untuk tarian pula terdiri daripada 2 Koreografer, 20 penari dewasa sepenuh masa dan 10 penari kanak-kanak. Ahli kumpulan ini berkeupayaan untuk membuat persembahan tradisional dan moden dalam berbagai genre dan repertoire persembahan tempatan dan antarabangsa. Ahli muzik dan penari Anjung Tradisi merupakan penggiat yang terlatih dan profesional serta majoritinya mempunyai kelulusan ijazah seni muzik dan tari daripada IPTA dan IPTS.


Sila KLIK SINI untuk lihat Senarai Pakej Live Band Kami.

Antara kejayaan terbesar ahli kumpulan Anjung Tradisi ini apabila pernah memenangi beberapa pingat emas di World Championship Of Performing Arts di Hollywood Los Angeles pada Julai 2008. Kini kumpulan ini sudah mula mengorak langkah menerima tempahan persembahan kesenian di luar Lembah Kelang pula seperti di Seremban, Melaka, Johor, Kuantan dan Ipoh.

Khidmat kumpulan kesenian Anjung Tradisi ini boleh diperoleh dengan cara berikut.

Bahizal Abu Bakar

Pengurus
Kumpulan Kesenian Anjung Tradisi
Whatsapp : 0132674462
E-mel : AnjungTradisi@gmail.com
Blog : www.anjungtradisi.blogspot.com
Facebook : www.facebook.com/anjungtradisi
Twitter : www.twitter.com/anjungtradisi

Tiada ulasan:

Catat Komen

PERSEMBAHAN LIVE BAND TRADISIONAL GHAZAL / ASLI ROJER SEMASA BULAN RAMADAN PADA 18 DAN 25 MEI 2019 BERTEMPAT DI PLAZA SHAH ALAM

Persembahan live band ghazal ini berlangsung semasa bulan ramadan pada 18 dan 25 mei 2019 bertempat di plaza shah alam. . Berikut bebera...