LIVE BAND MULTIRACIAL 1MALAYSIA DI JAMUAN TERBUKA HARI RAYA SAPURA KENCANA 27-28 JULAI 2015 DI GRAND HYATT KUALA LUMPUR


Alhamdulillah dan juga berterima kasih kepada pihak pengurusan Sapura Kencana yang memberi kepercayaan kepada kami buat kali ketiga untuk terlibat memeriahkan dan menghiburkan tetamu jemputan Jamuan hari raya syarikat Sapura Kencana. Seperti juga tahun yang sebelum ini, Live Band 1Malaysia Multiracial Anjung Tradisi telah diberi kepercayaan untuk acara ini. Live Band yang kami tubuhkan ini pada asasnya memang bertujuan untuk memaparkan keindahan muzik Malaysia yang berbilang kaum,  yang mana melalui muzik kami mahu membuktikan bahawa rakyat Malaysia dapat bersatu bersama mengeratkan hubungan walaupun mempunyai latar belakang budaya dan sosial yang berbeza. Live Band Multiracial 1Malaysia ini terdiri daripada alat muzik berbilang kaum Malaysia iaitu Biola, Sape, Yanqin, Sitar diiringi oleh alat muzik moden seperti cajun, Bass dan keyboard.

Seperti tahun sebelum ini juga, makanan disini memang sedap sedap belaka. kakitangan Sapura Kencana juga sangat ramah dan mesra bersama kami dan semua tetamu yang hadir. Terima Kasih sekali lagi. Seperti biasa Jamilah Abu Bakar merupakan penyanyi jemputan khas untuk persembahan Live Band ini.

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat diambil semasa acara berlangsung di Grand Hyatt Kuala Lumpur.









Saya dan Jamilah sempat bergurau semasa memnyanyikan lagu Seloka Hari Raya. Sekali sekala saya pun teringin nak lepas gian menyanyi juga. hehehehe


Berikut pula salah satu video yang saya sempat ambil semasa persembahan, lagu sedang popular ini, Kun Anta, jangan salah sebut pula ya... jadi Ku Unta pula nanti... hehehehe... video penuh lagu lagu lain akan saya upload kemudian... boleh dikatakan kumpulan Anjung Tradisi setiap hari mempunyai jemputan membuat persembahan untuk jamuan hari raya untuk kumpulan Ghazal, Live Band Multiracial 1Malaysia, Unplugged Trio, Tarian Dewasa dan juga tarian kanak-kanak. Tak sempat nak update video youtube. Alhamdulillah, rezeki melimpah ruah kali ni. Bagaimanapun pembantu saya Syaratul Ain dan Fatin membantu saya tahun ini. mereka menguruskan segalanya dengan cekap.




Kumpulan kesenian Anjung Tradisi ditubuhkan pada tahun 1999 dengan 8 orang ahli sepenuh masa. Sejak itu kerap mengadakan persembahan kesenian muzik dan tarian di sekitar Lembah Kelang bagi memeriahkan majlis perkahwinan, Acara rasmi, makan malam, majlis berbuka puasa, Rumah Terbuka Hari raya dan persembahan di restoran dan hotel terkemuka untuk jabatan kerajaan, syarikat multinasional dan berbagai acara yang dianjurkan oleh organisasi tempatan dan antarabangsa. Antara syarikat dan badan yang pernah menggunakan khidmat anjung tradisi ialah Sapura Kencana, Petronas Dagangan, Prudential, MHDC, MAMPU, Kementerian Kesihatan Malaysia, Lembaga Lebuh raya Malaysia dan banyak lagi.

Sila KLIK SINI untuk lihat Pakej Persembahan Tarian Kami.

Kini kumpulan ini terdiri daripada 10 ahli muzik tradisional dan moden tetap dan 15 ahli muzik jemputan (Ghazal, Gamelan, Caklempong, Keroncong, Band Kombo, Band Unplugged, Kompang, Percussion 1 Malaysia dan Band Multiracial 1Malaysia). Manakala untuk tarian pula terdiri daripada 2 Koreografer, 20 penari dewasa sepenuh masa dan 10 penari kanak-kanak. Ahli kumpulan ini berkeupayaan untuk membuat persembahan tradisional dan moden dalam berbagai genre dan repertoire persembahan tempatan dan antarabangsa. Ahli muzik dan penari Anjung Tradisi merupakan penggiat yang terlatih dan profesional serta majoritinya mempunyai kelulusan ijazah seni muzik dan tari daripada IPTA dan IPTS.


Sila KLIK SINI untuk lihat Senarai Pakej Live Band Kami.

Antara kejayaan terbesar ahli kumpulan Anjung Tradisi ini apabila pernah memenangi beberapa pingat emas di World Championship Of Performing Arts di Hollywood Los Angeles pada Julai 2008. Kini kumpulan ini sudah mula mengorak langkah menerima tempahan persembahan kesenian di luar Lembah Kelang pula seperti di Seremban, Melaka, Johor, Kuantan dan Ipoh.

Khidmat kumpulan kesenian Anjung Tradisi ini boleh diperoleh dengan cara berikut.

Bahizal Abu Bakar

Pengurus
Kumpulan Kesenian Anjung Tradisi
Whatsapp : 0132674462
E-mel : AnjungTradisi@gmail.com
Blog : www.anjungtradisi.blogspot.com
Facebook : www.facebook.com/anjungtradisi
Twitter : www.twitter.com/anjungtradisi



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERSEMBAHAN MUZIK GHAZAL DAN ASLI SEMASA MAJLIS BERBUKA PUASA MENTERI BESAR SELANGOR YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI AMIRUDIN BIN SHARI

 Pada 17, 20, 22, 25 Mac dan 1 April 2024, Menteri Besar Selangor telah mengadakan majlis berbuka puasa yang turut dihadiri oleh berbagai la...