PENGUMUMAN: PENGESAHAN PENGLIBATAN KUMPULAN KESENIAN ANJUNG TRADISI DALAM ACARA RUMAH TERBUKA HARI RAYA

Assalam dan salam sejahtera.

Oleh kerana musim aidilfitri hampir tiba. Buat waktu ini, agak banyak juga panggilan dan pertanyaan yang saya terima berkenaan penglibatan kumpulan anjung tradisi dalam acara rumah terbuka hari raya sama ada dari sektor korporat, jabatan kerajaan dan persendirian. Sebahagian daripada pemanggil ini sudah pun mengesahkan penglibatan kami.

Buat pengetahuan semua, kumpulan kami hanya akan mula block tarikh yang diminta setelah menerima deposit 50% daripada jumlah bayaran yang telah dipersetujui (kecuali jabatan kerajaan yang membayar dengan LO, pengesahan melalui letterhead jabatan). Ini disebabkan oleh pengalaman kami terdahulu yang mana penganjur beria-ia mengesahkan penglibatan kami dalam acara mereka dan kami menolak permintaan persembahan lain pada tarikh yang sama. Namun pada akhirnya persembahan dibatalkan pada saat akhir. Merugikan kami akhirnya. Sekiranya deposit kami ambil, sekurang-kurangnya dapat menampung kerugian yang kami hadapi sekiranya acara dibatalkan.


Sehingga hari ini, ada 8 penganjur yang sudah mengesahkan penglibatan kami dalam persembahan kesenian tarian dan live band di rumah terbuka hari raya, dan juga majlis perkahwinan yang bersekali dengan rumah terbuka. Terima Kasih kepada yang telah memberi pengesahan kepada kami. Ada banyak lagi tarikh yang belum diisi untuk persembahan kumpulan kami. Sekiranya ada yang berminat mohon beri pengesahan awal sebelum ada penganjur lain yang tempah kami dulu.



Oleh kerana setiap hari saya menerima 20 panggilan telefon untuk bertanya tentang persembahan, yang mana saya tidak dapat mengingati kesemua maklumat yang dibincangkan, di mohon kerjasama semua untuk menghubungi saya melalui Whatsapp di talian 0132674462 sahaja. Supaya apa juga yang dibincangkan tercatat dalam handphone dan memudahkan kita merujuk kembali apa juga persetujuan yang telah dicapai sekiranya diperlukan.


Jika anda masih tercari cari persembahan yang sesuai dengan acara yang ingin dianjurkan, sama ada Majlis makan malam, berbuka puasa, Iftar, Rumah terbuka hari raya, anda  boleh terus melihat kumpulan Live band dan tarian yang boleh dan pernah kami pentaskan sebelum ini seperti di bawah.

Sila KLIK SINI Untuk melihat penerangan ringkas Pakej Persembahan Live Band dan Kebudayaan yang kami tawarkan.

Kumpulan kesenian Anjung Tradisi ditubuhkan pada tahun 1999 dengan 8 orang ahli sepenuh masa. Sejak itu kerap mengadakan persembahan kesenian muzik dan tarian di sekitar Lembah Kelang bagi memeriahkan majlis perkahwinan, Acara rasmi, makan malam, majlis berbuka puasa, Rumah Terbuka Hari raya dan persembahan di restoran dan hotel terkemuka untuk jabatan kerajaan, syarikat multinasional dan berbagai acara yang dianjurkan oleh organisasi tempatan dan antarabangsa. Antara syarikat dan badan yang pernah menggunakan khidmat anjung tradisi ialah Sapura Kencana, Petronas Dagangan, Prudential, MHDC, MAMPU, Kementerian Kesihatan Malaysia, Lembaga Lebuh raya Malaysia dan banyak lagi.

Sila KLIK SINI untuk lihat Pakej Persembahan Tarian Kami.

Kini kumpulan ini terdiri daripada 10 ahli muzik tradisional dan moden tetap dan 15 ahli muzik jemputan (Ghazal, Gamelan, Caklempong, Keroncong, Band Kombo, Band Unplugged, Kompang, Percussion 1 Malaysia dan Band Multiracial 1Malaysia). Manakala untuk tarian pula terdiri daripada 2 Koreografer, 20 penari dewasa sepenuh masa dan 10 penari kanak-kanak. Ahli kumpulan ini berkeupayaan untuk membuat persembahan tradisional dan moden dalam berbagai genre dan repertoire persembahan tempatan dan antarabangsa. Ahli muzik dan penari Anjung Tradisi merupakan penggiat yang terlatih dan profesional serta majoritinya mempunyai kelulusan ijazah seni muzik dan tari daripada IPTA dan IPTS.


Sila KLIK SINI untuk lihat Senarai Pakej Live Band Kami.

Antara kejayaan terbesar ahli kumpulan Anjung Tradisi ini apabila pernah memenangi beberapa pingat emas di World Championship Of Performing Arts di Hollywood Los Angeles pada Julai 2008. Kini kumpulan ini sudah mula mengorak langkah menerima tempahan persembahan kesenian di luar Lembah Kelang pula seperti di Seremban, Melaka, Johor, Kuantan dan Ipoh.

Khidmat kumpulan kesenian Anjung Tradisi ini boleh diperoleh dengan cara berikut.

Bahizal Abu Bakar

Pengurus
Kumpulan Kesenian Anjung Tradisi
Whatsapp : 0132674462
E-mel : AnjungTradisi@gmail.com
Blog : www.anjungtradisi.blogspot.com
Facebook : www.facebook.com/anjungtradisi
Twitter : www.twitter.com/anjungtradisi



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Persembahan Live Band Jazz Instrumental bersempena majlis pertunangan di Dobletree Hilton KL pada 8 Mei 2022

SUBSCRIBE VIDEO YOUTUBE CHANNEL KAMI Whatsapp Kami: Klik  0132674462  Sekiranya ...