PERSEMBAHAN GHAZAL BERSEMPENA MAKAN MALAM PERSIDANGAN PELADANG ANTARABANGSA (INTERNATIONAL PLANTERS CONFERENCE) PADA 8 JUN 2015 BERTEMPAT DI GRAND BALLROOM SUNWAY PUTRA, KUALA LUMPUR

Pada 8 Jun yang lalu kumpulan Ghazal Anjung Tradisi terlibat dalam Persidangan Peladang Antarabangsa (International Planters Conference) pada 8 jun 2015 jam 7.30 mlm – 10.30mlm bertempat di grand ballroom, 9th Floor Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur. Kali ini Jamilah Abu Bakar yang baru sahaja melancarkan album baru beliau (Oleh Tun Dr Siti Hasmah) telah diminta oleh penganjur iaitu ISP management Sdn Bhd untuk turut menyanyi bersma kumpulan kami. Kami juga diminta oleh penganjur untuk menyediakan alatan Teknikal Audio (Sistem Audio) dalam persembahan ini dan juga pembayaran lesen persembahan MACP. Oleh kerana saya terlibat dalam perbincangan acara lain, pembantu saya Syaratul ain telah menguruskan persembahan ini. Terima Kasih Ain semuanya berjalan lancar.

Berikut beberapa gambar yang sempat diambil oleh ain dalam acara ini.







Seterusnya video persembahan yang sempat dirakam..
 


Video di bawah ini dirakam oleh Pengurus Jamilah iaitu Pak Abu Bakar, Boleh lawat youtube Jamilah Abu Bakar disini https://www.youtube.com/user/abubakarismail


Jika anda masih tercari cari persembahan yang sesuai dengan acara yang ingin dianjurkan, boleh terus melihat kumpulan Live band dan tarian yang boleh dan pernah kami pentaskan sebelum ini seperti di bawah.

Sila KLIK SINI Untuk melihat penerangan ringkas Pakej Persembahan Live Band dan Kebudayaan yang kami tawarkan.

Kumpulan kesenian Anjung Tradisi ditubuhkan pada tahun 1999 dengan 8 orang ahli sepenuh masa. Sejak itu kerap mengadakan persembahan kesenian muzik dan tarian di sekitar Lembah Kelang bagi memeriahkan majlis perkahwinan, Acara rasmi, makan malam, majlis berbuka puasa, Rumah Terbuka Hari raya dan persembahan di restoran dan hotel terkemuka untuk jabatan kerajaan, syarikat multinasional dan berbagai acara yang dianjurkan oleh organisasi tempatan dan antarabangsa. Antara syarikat dan badan yang pernah menggunakan khidmat anjung tradisi ialah Sapura Kencana, Petronas Dagangan, Prudential, MHDC, MAMPU, Kementerian Kesihatan Malaysia, Lembaga Lebuh raya Malaysia dan banyak lagi.

Sila KLIK SINI untuk lihat Pakej Persembahan Tarian Kami.

Kini kumpulan ini terdiri daripada 10 ahli muzik tradisional dan moden tetap dan 15 ahli muzik jemputan (Ghazal, Gamelan, Caklempong, Keroncong, Band Kombo, Band Unplugged, Kompang, Percussion 1 Malaysia dan Band Multiracial 1Malaysia). Manakala untuk tarian pula terdiri daripada 2 Koreografer, 20 penari dewasa sepenuh masa dan 10 penari kanak-kanak. Ahli kumpulan ini berkeupayaan untuk membuat persembahan tradisional dan moden dalam berbagai genre dan repertoire persembahan tempatan dan antarabangsa. Ahli muzik dan penari Anjung Tradisi merupakan penggiat yang terlatih dan profesional serta majoritinya mempunyai kelulusan ijazah seni muzik dan tari daripada IPTA dan IPTS.


Sila KLIK SINI untuk lihat Senarai Pakej Live Band Kami.

Antara kejayaan terbesar ahli kumpulan Anjung Tradisi ini apabila pernah memenangi beberapa pingat emas di World Championship Of Performing Arts di Hollywood Los Angeles pada Julai 2008. Kini kumpulan ini sudah mula mengorak langkah menerima tempahan persembahan kesenian di luar Lembah Kelang pula seperti di Seremban, Melaka, Johor, Kuantan dan Ipoh.

Khidmat kumpulan kesenian Anjung Tradisi ini boleh diperoleh dengan cara berikut.

Bahizal Abu Bakar

Pengurus
Kumpulan Kesenian Anjung Tradisi
Whatsapp : 0132674462
E-mel : AnjungTradisi@gmail.com
Blog : www.anjungtradisi.blogspot.com
Facebook : www.facebook.com/anjungtradisi
Twitter : www.twitter.com/anjungtradisi

Tiada ulasan:

Catat Komen

PERSEMBAHAN LIVE BAND TRADISIONAL GHAZAL / ASLI ROJER SEMASA BULAN RAMADAN PADA 18 DAN 25 MEI 2019 BERTEMPAT DI PLAZA SHAH ALAM

Persembahan live band ghazal ini berlangsung semasa bulan ramadan pada 18 dan 25 mei 2019 bertempat di plaza shah alam. . Berikut bebera...